HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

STROK ANTARA PENYEBAB UTAMA KEMATIAN DI MALAYSIA

strok

USM, KUBANG KERIAN, 11 Oktober 2017 – Strok atau angin ahmar turut dikenali sebagai penyakit kematian sel saraf otak yang boleh menyerang sesiapa sahaja, di mana atau pada bila-bila masa tanpa mengenal usia. Strok boleh membunuh malahan jika mangsa mampu bertahan sekalipun, proses penyembuhan memakan masa yang lama dan melibatkan kos agak tinggi selain menimbulkan ketegangan emosi dan mental.

Menurut Pengerusi Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Shaharom Shamsuddin, penyakit strok merupakan punca utama kematian dan ketidakupayaan di kebanyakan negara maju dan membangun.

“Penyakit ini adalah antara 10 penyebab utama kematian di Malaysia dan kira-kira 12,000 kes angin ahmar dengan 2,500 kematian direkodkan di hospital kerajaan setiap tahun.

“Kajian yang dijalankan juga mendapati terdapat kes baharu dicatatkan setiap 45 saat dan kematian setiap tiga minit di seluruh dunia akibat penyakit ini, jadi amat penting  masyarakat mengambil peduli mengenai risiko penyakit ini," katanya kita berucap di Majlis Perasmian Minggu Kesedaran Strok, di Dewan Kuliah Empat, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Kampus Kesihatan, USM di sini hari ini.

strok1

Shaharom berkata, program sebegini diharap dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mengenai penjagaan pesakit strok dalam kalangan pesakit strok dan keluarga.

“Program seperti ini adalah wadah terbaik mendidik masyarakat mengenai penyakit strok yang bukan saja menyerang orang tua tetapi juga berpotensi menyerang golongan muda.

"Kita haruslah mengenali dan mempelajari serta ambil langkah pencegahan bagi mengelakkan penyakit strok ini dari terus menyerang masyarakat kita," ujarnya lagi.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Dekan Penyelidikan, PPSP, Profesor Dr Rosline Hassan, Pengerusi Program Sains Senaman dan Sukan, Profesor Madya Dr Hairul Anuar Hashim, Pengerusi Program Kejururawatan, Dr Dariah Mohd Yusoff dan Pegawai Penyelidik selaku Pengarah Projek Minggu Kesedaran Strok, Mohd Asri Ariffin.

Teks/Foto : Wan Salizawati Wan Ismail

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 15 October 2017.