USM KAMPUS KESIHATAN BUKA BILIK GERAKAN BANJIR UNTUK BANTU WARGA STAF DAN PELAJAR - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

USM KAMPUS KESIHATAN BUKA BILIK GERAKAN BANJIR UNTUK BANTU WARGA STAF DAN PELAJAR

blkgerakan

USM KUBANG KERIAN, 28 November 2017 – Hujan lebat yang berlarutan sejak beberapa hari lalu menyebabkan ramai warga Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) yang tinggal di kawasan rendah di daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Pasir Putih dan sebagainya terkesan akibat banjir.

Menurut Timbalan Pengerusi Tiga, Pusat Pemindahan Banjir USM Kampus Kesihatan, Amyrulhan Azhari, bilik gerakan ini dibuka bertujuan untuk mengumpul dan menyelaras maklumat dengan pihak berkuasa bagi menyampaikan kepada staf yang terkesan banjir.

“Mana-mana staf yang tidak dapat hadir bertugas boleh hubungi bilik gerakan banjir USM Kampus kesihatan di talian 097673050 yang beroperasi pada pukul 8.00 pagi hingga 9.00 malam dan akan dibuka 24 jam sehari bergantung kepada keadaan semasa.

blkgerakan1

“USM Kampus Kesihatan turut membuka Pusat Penempatan Sementara Banjir (PPSB) Kampus Kesihatan dikhususkan kepada staf, pelajar dan pesakit yang discaj tetapi tidak dapat pulang ke rumah kerana kediaman mereka terlibat banjir,” jelasnya.

Amyrulhan berkata, tiga PPSB disediakan iaitu Dewan Murni khas untuk staf, Dewan Pusat Mahasiswa (PUMA) untuk pelajar USM dan Dewan Badmintan Kompleks Sukan untuk pesakit Hospital USM.

“Sebarang pertanyaan tentang penempatan banjir boleh hubungi PPSB di talian 097671160 atau 097671161.

“Warga kampus juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada setiap masa sepanjang musim banjir ini. Dapatkan maklumat daripada sumber yang sahih dan boleh dipercayai sahaja serta elakkan terlibat dengan apa-apa spekulasi berkaitan bencana banjir terutamanya yang kerap tular menerusi pesanan ringkas (SMS/ Whatsapp/ Telegram) serta lain-lain aplikasi media sosial,” jelasnya lagi.

Tambah Amyrulhan, staf dan orang ramai juga diminta tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak benar seperti foto –foto banjir di tempat lain atau foto banjir yang lepas dengan menyatakan foto terkini.
 
Teks : Abdul Aziz Latif / Foto : Mohd Asrar Mohd Rokeman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 19 October 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown