USM PELOPOR PROGRAM RICH KELANTAN - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

USM PELOPOR PROGRAM RICH KELANTAN

rich2

USM KUBANG KERIAN, 12 Januari 2018 - Program Rahsia Insan Cemerlang Hidup (RICH) iaitu kupasan teknik mendidik anak-anak daripada  Rahsia Surah Luqman buat julung kalinya diadakan di Negeri Kelantan dan menjadikan Masjid Mukim Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai lokasi pelancaran dan pertama mengadakan program tersebut.

Program kerjasama antara Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Rumah Ngaji Kelantan ini turut didokong oleh Kumpulan Media Karangkraf, Akademi Sinergi Ikhlas serta USM.

rich5

Program yang bermula seawal jam 4.30 pagi ini diimarahkan dengan qiamullail, solat subuh berjemaah serta kupasan ayat Surah Al-Luqman tentang pesanan Luqman 'Didik Anakmu Agar Bersyukur'.

rich3

Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Profesor Dr Adam Husein yang mewakili Pengarah Kampus Kesihatan dalam ucapan aluannya berkata, ini merupakan program baharu yang sangat baik, kerana Al-Quran merupakan panduan lengkap yang menyuluh kehidupan manusia, dan merupakan sumber penyelesaian kepada segala masalah yang dihadapi oleh manusia.

rich1

"Penganjuran program ini adalah selari dengan usaha yang dilakukan oleh Kampus Kesihatan USM dalam mendidik masyarakat selain daripada kelas akademik dalam bilik kuliah, contohnya melalui Pusat Islam, setiap tahun menganjurkan “Bulan Cakna Al-Quran serta menubuhkan Rumah Ngaji @Pusat Islam Kampus Kesihatan pada tahun 2017 bagi memberi kemudahan kepada warga kampus dan ahli karih mempelajari serta mendalami intipati Al-Quran.

Program RICH telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Dato' Hj Che Mohd Rahim Hj. Jusoh yang turut melancarkan My Family #Quranhour #Savingfamilies peringkat negeri Kelantan. Lebih 200 orang peserta terdiri daripada warga USM, pelajar sekolah berhampiran, orang perseorangan serta kariah masjid telah menyertai program ini.

rich4

Turut hadir Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan, Tn Hj. Mahadi Awang, Pengarah Urusan Akademi Sinergi Ikhlas merangkap Penasihat Modul Rumah Ngaji, Ustaz Tuan Fazrul Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff, Timbalan Pengerusi Gabungan Rumah Ngaji Malaysia, Datin Norhani Mohd Affandi, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM, Profeaor Madya Dr Hj. Wan Nudri Wan Daud, Penolong Pengarah Rawatan Perubatan dan Pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Khairul Azmi Ahmad dan  Pengarah Program RICH & Majlis Pelancaran MyFamily#Quran Hour #Saving Families Peringkat Negeri Kelantan Dr. Mohd Assyakir Shamsuddin.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid

Foto: Mohd Hafiz Ya'acob

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 19 October 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown