TOWNHALL: PERJELAS PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN HOSPITAL USM SECARA MENYELURUH - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

TOWNHALL: PERJELAS PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN HOSPITAL USM SECARA MENYELURUH

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 22 Januari 2018 – Pihak kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan awam kerana penjawat awam yang berkualiti ialah mereka yang mampu melaksanakan tanggungjawab dengan cekap, di samping  memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

Dalam usaha ini, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) tidak ketinggalan menyahut seruan tersebut untuk memberikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan terbaik serta memenuhi enam objektif penubuhan Hospital USM bermula pada tahun ini.

1T.hall1

Timbalan Pengarah Aset dan Infrastruktur, Hospital USM, Profesor Dr Nik Hishamuddin Nik Ab. Rahman berkata, untuk mencapai objektif penubuhan Hospital USM, semua staf perlu bersama-sama membangunkan kompetensi seluruh warga hospital dalam empat dimensi iaitu bidang kepakaran staf, kepakaran untuk memperbaiki secara berterusan proses kerja dalam menjaga keselamatan pesakit, kakitangan dan kesihatan persekitaran, kompetensi dalam konteks organisasi Hospital USM secara khusus dan USM secara umum serta dalam bidang teknologi, komunikasi dan maklumat.

“Empat perkara ini adalah satu pendekatan yang telah diwar-warkan sebelum ini, namun pendekatan ini menekankan pelaksanaan dalam kumpulan pelbagai disiplin dan pembangunan kompetensi diikuti proses kerja dan penilaian secara menyeluruh nilai hasil kerja malah inisiatif ini akan membuahkan hasil yang lumayan untuk pesakit dan kakitangan USM.

“Untuk mengoperasikan empat langkah tersebut, Hospital USM akan menjalankan enam program yang memacu hospital ini dalam menangani cabaran pada masa akan datang,” jelasnya ketika menyampaikan ucapan mewakili Pengarah Hospital USM dalam majlis Sesi Pendengaran Awam bersama Pengarah Hospital USM, di sini.

1Thall

Nik Hishamuddin berkata, antara program tersebut ialah Program Keselamatan Pesakit, Keselamatan Kakitangan, Keselamatan Persekitaran Penjagaan Perubatan dan Kesihatan, Program Pengurusan Sumber, Program Penyelidikan dan Pengajaran serta Program Pengurusan ‘Enterprise Architecture’.

“Hasil yang akan diperoleh daripada pelaksanan program-program itu ialah Hospital USM akan menjadi sebuah organisasi ‘digital’, ‘boundariless’, ‘resilient’, dan ‘just’ malah semua program ini akan dilakukan oleh pasukan petugas dari pelbagai disiplin merentasi pangkat dan hirarki untuk membolehkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan, pelaporan serta penambahbaikan dilakukan secara menyeluruh demi mencapai objektif Hospital USM.

“Saya akui bahawa semua yang telah dinyatakan adalah satu tugas besar dan berat, penuh dengan cabaran yang bakal diharungi, yang pertama adalah merubah minda staf Hospital USM berasaskan proses kerja serta hasil bukan pada ‘chance’, kedua adalah meningkatkan kompetensi semua staf, ketiga adalah mereka cipta proses inovatif untuk keselamatan pesakit, kakitangan dan persekitaran, keempat menjalankan semua perancangan ini dengan hasrat membuahkan hasil yang paling baik adalah sukar dan kelima adalah kekangan kewangan hasil kemerosotan ekonomi yang melanda seluruhnya,” ujarya lagi.

Tambah Nik Hishamuddin, beliau percaya dengan kerjasama yang diberikan semua pihak dalam mengharungi cabaran ini, staf Hospital USM dapat menimba ilmu untuk sama-sama berganding bahu mencapai objektif Hospital USM sekaligus menyahkan semua perangai buruk dan budaya lapuk yang menyebabkan kita terus leka dan sentiasa selesa berada ditakuk yang sama.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Klinikal, Dr. Nik Min Ahmad, Timbalan Pengarah Operasi, Dr. Ariffin Marzuki Mokhtar dan ketua-ketua jabatan serta unit Hospital USM.

Teks : Muhd Zulkifli Zakaria / Foto  : Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 18 November 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown