PROGRAM ‘SCIENCE FOR SCHOOL’ PUPUK MINAT SAINS DALAM JIWA PELAJAR - Kampus Kesihatan

HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

PROGRAM ‘SCIENCE FOR SCHOOL’ PUPUK MINAT SAINS DALAM JIWA PELAJAR

USM KUBANG KERIAN, 4 April 2018 –Menyedari kepentingan sains dan teknologi dalam proses pembelajaran di peringkat sekolah, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program ‘Science for School 2018’ buat kali kedua pada 2 dan 4 April 2018.

Menurut Pensyarah Bioperubatan PPSK merangkap Timbalan Pengarah program tersebut, Dr. Tan Suat Cheng, program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar tingkatan empat, lima dan enam untuk mempelajari sains melalui pendekatan yang mudah dan menyeronokkan.

sains

“Program ini juga turut memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kehidupan warga kampus seterusnya mempromosi USM sebagai universiti untuk melanjutkan pengajian,” ujarnya ketika ditemubual.

Tambah Suat Cheng, program yang bertemakan ‘Inspiring Future Scientist’ ini diisi dengan lima eksprimen seperti demonstrasi anatomi manusia, pengekstrakan DNA, kajian penyakit genetik, forensik cap jari dan immunologi- sistem pertahanan badan manusia.

“Program ini melibatkan para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jenis Cina (SMKJC) Chung Hwa, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Chengal, SMK Salor, SMK Tanjung Chat, SMK Puteri, SMK Kubang Bemban, SMK Sultan Ibrahim 1, SMK Kamil, SMK Dato Perdana, SMK Tok Bachok dan Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu.

sains1

Sementara itu, Guru Biologi Maktab Sultan Ismail, Hajjah Zaneriah Muhammad ketika ditemui berkata, kebanyakan pelajar yang mengikuti program ini pada tahun lalu menunjukkan peningkatan dalam matapelajaran sains di sekolah.

“Pelajar yang mengikuti program ini akan menunjukkan perubahan positif apabila lebih berminat dalam pembelajaran subjek aliran sains terutamanya Biologi dan mereka akan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan lain yang tidak dapat menyertainya.

“Guru-guru juga dapat menjadikan aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini sebagai contoh bentuk pengajaran dan pembelajaran yang efektif serta mampu menarik minat para pelajar,” katanya.

Teks: Wan Nur Fashehah Wan Abd Rahman (Pelajar Praktikal USM) / Suntingan: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel/ Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 15 April 2018.

 

© 2017 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All Rights Reserved. Designed By PPKT, Health Campus

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown