DEBAT PIALA PENGARAH KAMPUS 2018: UITM SHAH ALAM (B) RANGKUL KEJUARAAN - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

DEBAT PIALA PENGARAH KAMPUS 2018: UITM SHAH ALAM (B) RANGKUL KEJUARAAN

USM KUBANG KERIAN, 7 April 2018 - Universiti Teknologi Mara (UITM) B yang diwakili oleh Muhammad Shafiq Jebat, Nurul Afiqah Sukeri dan Muhammad Atha Jamari dinobatkan sebagai juara pertandingan Debat Piala Pengarah Kampus (DPPK) 2018 yang berlangsung selama tiga hari di Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan.

debat1

Mereka yang mewakili pihak pembangkang berjaya menolak usul yang dibawa oleh pihak pencadang iaitu 'Demi mencapai status negara bebas jenayah, hak asasi rakyat perlu disekat' berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM2000, Piala Pusingan, Trofi serta sijil penghargaan setelah menewaskan pasukan Sekolah Menegah Islam Al-Amin Gombak pada peringkat akhir.

debat4

Sementara itu, Muhammad Shafiq Jebat dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik pusingan akhir DPPK 2018. Pelajar tahun dua jurusan undang-undang, UITM Shah Alam itu menyifatkan kemenangan ini adalah sesuatu yang mengembirakan dirinya.

"Setiap yang menang pasti gembira, tetapi apa yang lebih mengembirakan lagi kita dapat lihat pendebat-pendebat pelapis mampu menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan diharap mampu menyambung legasi kami.

"Dari segi persiapan pula, memandangkan UITM menghantar tiga pasukan, kami suka untuk berkumpul sambil berbincang dan bertukar pandangan demi menghadapi setiap peringkat pertandingan," katanya ketika ditemubual di Dewan Pusat Mahasiswa (PUMA), di sini, hari ini.

debat2

DPPK kali keempat ini buat julung kalinya dibuka kepada Institusi Pengajian Tinggi dan Sekolah Menengah yang berusia 16  hingga 24 tahun dari seluruh Malaysia.

Antara pasukan yang mengambil bahagian ialah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kolej Polytech Mara Kuala Lumpur, Maktab Sultan Ismail, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Universiti Sains Malaysia Kampus Induk dan Kampus Kesihatan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim.

Teks & Foto: Mohd Hafiz Yaacob

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 19 October 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown