MEMBONGKAR RAHSIA SAINS DI DALAM AL-QURAN - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

MEMBONGKAR RAHSIA SAINS DI DALAM AL-QURAN

USM, KUBANG KERIAN, 3 Mei 2018 - Al-Quran merupakan kitab suci yang menjadi pegangan dan petunjuk umat Islam mengandungi  114 surah dan telah wujud sejak 1400 tahun dahulu. Di dalamnya banyak menceritakan hal-hal merangkumi semua aspek kehidupan termasuk peristiwa yang telah berlaku dan bakal berlaku untuk diambil iktibar serta pengajaran bagi umat manusia.

Timbalan Pengarah Pusat Islam, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Wan Nudri Wan Daud berkata, terdapat banyak perkara dijelaskan di dalam Al-quran yang membuktikan kebenaran Islam.

"Pengulangan ayat Al-quran di banyak tempat sama ada surah yang sama atau surah berbeza dan bilangan pengulangan ini adalah sesuatu yang unik.

"Contohnya perkataan 'hari' disebut sebanyak 365 kali, bulan sebanyak 12 kali, minggu sebanyak tujuh kali dan ini amat bertepatan dengan jumlah sebenarnya", katanya dalam Ceramah Perdana bertajuk 'Membongkar Rahsia Sains Di Dalam Al-quran' sempena Bulan Cakna Al-quran, di sini.

wannudri

Menurut Wan Nudri, proses pembentukan hujan hanya dapat difahami sepenuhnya pada abad ke 20 setelah terciptanya radar cuaca, pesawat terbang dan satelit sedangkan Al-quran sudah mampu menjelaskan bagaimana proses kejadian hujan berlaku sejak 1400 tahun yang lalu.

"Ini dapat dibuktikan melalui Surah Ar-Rum, ayat 48 yang bermaksud 'Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu mengerakkan awan, kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya dan menjadikannya berkelompok-kelompok lalu engkau melihat hujan keluar dari celahnya'.

"Selain itu kadar hujan juga adalah tetap yang mana jumlah air yang meruap ke udara dan turun kembali ke bumi dalam bentuk hujan berjumlah tetap iaitu 513 trillion ton air per setahun", ujarnya lagi.

Tambah Wan Nudri, pada abad ke 20, ahli sains  berjaya menemukan bahawa matahari turut berputar pada paksinya sambil beredar mengelilingi Galaksi Bima Sakti namun Al-quran dalam Surah Al-Anbiyaa, ayat 33 menjelaskan yang bermaksud 'Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan, masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya'.

Dari sudut pencengahan penyakit, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar ibu-ibu mengamalkan penyusuan sepenuhnya bayi mereka bagi tempoh enam bulan pertama dan selepas enam bulan penyusuan badan diteruskan bersama makanan pelengkap sehingga bayi berusia dua tahun manakala dalam Al-quran pula telah dijelaskan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 233  yang bermaksud 'Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan'.

Wan Nudri turut menjelaskan banyak lagi bukti lain yang menyatakan kebenaran ajaran Islam dan ini jelas kerana pelbagai perkara yang berlaku sehingga kini baru dapat dibuktikan oleh para pengkaji melalui penggunaan teknologi canggih, namun kesemua hal ini terlebih dahulu telah pun dinyatakan dengan jelas dalam Al-quran.

Teks/Foto: Mohd Hafiz Ya'acob

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 19 October 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown