PROFESION JURURAWAT PERLU DITINGKATKAN - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

PROFESION JURURAWAT PERLU DITINGKATKAN

USM, KUBANG KERIAN, 15 Mei 2018 - Tanggal 12 Mei setiap tahun merupakan Sambutan Hari Jururawat Sedunia bagi menghargai jasa, pengorbanan dan komitmen tinggi jururawat yang bertungkus-lumus siang dan malam dalam memberi perkhidmatan kepada pesakit.

Ketua Penyelia Jururawat Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Raudzah Haji Mohd Ariffin berkata, Hari Jururawat pada tahun ini disambut dengan tema, 'A Voice to Lead, Health is a Human Right' (Suara ke arah kepimpinan, setiap manusia berhak mendapatkan rawatan terbaik).

harijururawat

"Jururawat merupakan agen dalam menyampaikan maklumat atau ilmu kesihatan secara terus kepada pesakit dalam merubah sikap pesakit menjaga kesihatan dengan cara yang lebih berkualiti.

"Tanpa mengira lokasi, sempadan atau tempat, perawatan kesihatan sepatutnya boleh dicapai oleh semua pesakit dan kita sebagai jururawat perlu mempermudahkan semua urusan untuk mencapai matlamat tersebut," katanya ketika ditemuramah selepas Majlis Sambutan Hari Jururawat Peringkat Hospital USM.

raudzah

Menurut Raudzah, halatuju jururawat di Hospital USM adalah untuk memastikan semua 1500 orang jururawat di sini mampu memiliki ijazah pertama agar dapat meningkatkan lagi perkhidmatan dengan lebih cemerlang.

"Pengetahuan, kemahiran dan sikap (knowledge, skill and attitude) merupakan perkara penting yang perlu ada dalam diri setiap jururawat bagi membolehkan perawatan pesakit diberikan dengan cara yang terbaik dan penuh dengan keiklasan.

"Ini penting dalam mendepani cabaran masa kini kerana pesakit kini lebih bermaklumat selain ledakan revolusi industri 4.0 yang mungkin mengurangkan jumlah tenaga kerja manusia namun perlu diingat satu perkara yang tiada pada robot ialah 'caring' dan ini hanya ada pada manusia, oleh itu kita perlu tunjukkan yang jururawat masih diperlukan dalam apa era sekalipun," ujarnya lagi.

Raudzah yang berpengalaman selama 31 tahun dalam bidang kejururawatan turut bersetuju jururawat adalah wira yang tidak didendang.

"Tidak ramai yang tahu berkenaan sambutan hari jururawat berbeza dengan sambutan hari guru, namun ini bukanlah perkara yang mematahkan semangat malah jururawat tetap mampu untuk terus menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi demi memastikan nasib pesakit terbela," jelasnya.

Raudzah turut menasihatkan agar semua jururawat, perlu ada niat yang betul dan rasa tanggungjawab dalam diri, bekerja dari hati ke hati, letakkan diri kita sebagai pesakit kerana daripada situlah kita sedar apa yang pesakit inginkan dan faktor-faktor tersebut juga yang telah membawa beliau ke tahap di mana beliau berada sekarang.

Teks/Foto: Mohd Hafiz Ya'acob

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 19 October 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown