ISTANBUL MEDENIYET UNIVERSITI DAN USM METERAI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

ISTANBUL MEDENIYET UNIVERSITI DAN USM METERAI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2018 – Satu majlis penyerahan dokumen perjanjian persefahaman (MoU) Istanbul Medeniyet Universiti dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) telah diadakan di Hotel Istana, di sini hari ini.

Matlamat utama perjanjian persefahaman ini adalah untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang perawatan kesihatan menggunakan  modul Balance Exercise (Bal-Ex) yang telah diperkenalkan oleh Pensyarah Kanan PPSK yang juga merupakan Ketua Penyelidik Bal-Ex, Dr Zuraida Zainun.

Bal-Ex Dance merupakan tarian terapi berasaskan senaman keseimbangan ringkas untuk individu yang mengalami masalah keseimbangan badan dan penyakit vertigo.

Melalui MoU ini juga, kedua - dua pihak akan bekerjasama untuk membangun dan melaksanakan program pasca siswazah dalam bidang kesihatan awam, penyelidikan, program pertukaran pelajar dan pengurusan penjagaan kesihatan di peringkat antarabangsa.

MoU ini menunjukkan kesungguhan semua pihak di dalam menyokong usaha universiti untuk mewujudkan kerjasama dengan pelbagai universiti luar melalui perancangan pengurusan yang strategik dan sistematik dalam menangani isu-isu  berkaitan teknologi penjagaan kesihatan yang lestari.

Dekan PPSK, Profesor Dr Norazmi Mohd Nor berharap dengan termeterai MoU ini, ia akan menjadi titik mula ke arah pelbagai usahasama lain pada masa hadapan di dalam perkongsian kepakaran khususnya untuk melonjakkan aktiviti penyelidikan.

"Diharapkan kerjasama ini akan membuka ruang dan peluang kepada kedua-dua universiti untuk meningkatkan lagi tahap ilmu dan kemahiran pelbagai pihak yang terlibat dan saya yakin bahawa usaha ini akan menempatkan USM ke tahap yang lebih tinggi di persada dunia," katanya.

Majlis penyerahan persefahaman ini dihadiri oleh Dekan PPSK Profesor Dr Norazmi Mohd Nor dan Dr. Zuraida Zainun yang mewakili USM manakala pihak Istanbul Medeniyet Universiti pula diwakili oleh Profesor Mahmud Tayyar Kalcioglu.

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 19 October 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown