SYARAHAN UMUM PELANTIKAN PROFESOR PLATFORM KONGSI KEPAKARAN - Kampus Kesihatan

HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

SYARAHAN UMUM PELANTIKAN PROFESOR PLATFORM KONGSI KEPAKARAN

USM KUBANG KERIAN, 16 Mei 2018 - Buat kesekian kalinya Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) mengadakan Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor bagi meraikan dua orang pensyarah yang pakar dalam bidang masing-masing.

'Peranan Pencegahan Dan Pengesanan Awal Dalam Epidemiologi Kanser Payudara' menjadi topik pilihan Pensyarah Unit Biostatistik dan Metodologi Penyelidikan, PPSP, Profesor Dr. Norsa’adah Bachok.

prof

Menurut beliau, kes di mana pesakit mendapat diagnosis kanser payudara pada peringkat awal tetapi enggan mendapatkan rawatan sehingga menjadi lebih teruk kerap berlaku di Malaysia.

"Mereka lebih memilih mendapatkan rawatan alternatif tradisional untuk mengelak daripada menjalani pembedahan tetapi apabila rawatan alternatif tidak memberi kesan, barulah mereka mendapatkan rawatan konvensional tetapi ianya berisiko memandangkan keadaan mereka telah teruk.

"Wanita yang mempunyai faktor risiko yang tinggi wajar menjalani saringan kanser payudara lebih kerap kerana kelewatan perundingan, diagnosis dan rawatan adalah sesuatu yang boleh dielakkan kerana diagnosis serta rawatan awal berupaya meningkatkan kadar survival dan mengurangkan peratusan kematian", ujar beliau.

Norsa'adah juga mengingatkan golongan wanita lebih peka dan tidak perlu malu untuk mendapatkan rawatan sekiranya mengesan sebarang ketulan pada payudara.

Sementara itu, Penyelaras Bank Tisu dan pensyarah Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher (ORL-HNS), Profesor Dr Suzina Sheikh Ab. Hamid berkongsi tentang 'Cabaran Perawatan Pernafasan Berbunyi Dalam Kalangan Kanak-kanak'.

prof1

Menurutnya, antara gejala serta tanda-tanda yang menunjukkan masalah kesempitan saluran pernafasan yang teruk termasuklah kurang selera makan, berat badan berkurangan, letih, gelisah atau cepat marah, kesukaran bernafas, retraksi dada semasa bernafas dan sianosis.

"Ibu bapa perlu peka sekiranya pernafasan anak mereka berbunyi dan disertai dengan simptom-simptom yang disebutkan tadi, mereka perlu segera membawa anak berjumpa pakar otorinolaringologi pediatrik untuk pemeriksaan dan berbincangan cadangan perawatan yang paling sesuai untuk anak mereka", katanya.

Seramai 200 orang warga kampus serta pelajar sekolah hadir mengikuti syarahan tersebut yang diadakan di Dewan Utama, Kampus Kesihatan.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 19 August 2018.

 

© 2017 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All Rights Reserved. Designed By PPKT, Health Campus

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown