SYARAHAN UMUM PELANTIKAN PROFESOR KONGSI KEPENTINGAN BUKTI SAINTIFIK DALAM PENGGUNAAN PERUBATAN HERBA - Kampus Kesihatan

HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

SYARAHAN UMUM PELANTIKAN PROFESOR KONGSI KEPENTINGAN BUKTI SAINTIFIK DALAM PENGGUNAAN PERUBATAN HERBA

sup5
USM KUBANG KERIAN, 24 Jun 2018 - Penggunaan sumber alam dari sudut perubatan telah lama dipraktikkan dan rekod terawal adalah lebih kurang 5000 tahun yang lalu di negara China. 

World Health Organisation (WHO) mendefinisikan perubatan tradisional sebagai amalan kesihatan yang pelbagai merangkumi tatacara, pengetahuan dan kepercayaan yang melibatkan penggunaan tanaman, haiwan dan rawatan daripada sumber mineral, terapi spiritual, terapi fizikal dan senaman yang diaplikasi secara asing atau kombinasi untuk penjagaan kesihatan. 

sup4

Menurut Pengarah Nexus Perubatan Dan Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Nik Soriani Yaacob, penyelidikan herba di USM antaranya melibatkan sejenis tumbuhan herba, 'Strobilanthes Crispus' (SC), yang dikenali secara umum sebagai pecah beling, pecah kaca atau 'Black Face General'. 

sup3

"Kebanyakan orang kita beranggapan bahan-bahan herba adalah selamat, namun perlu diingat yang sesetengah bahan herba boleh menyebabkan kesan sampingan yang merbahaya sebagai contohnya Ephedra atau dikenali sebagai 'Ma Huang'.
"Herba tersebut telah digunakan beribu tahun sebagai perubatan herba dan dipasarkan sebagai bahan rawatan untuk menurunkan berat badan tetapi ianya boleh menyebabkan kegagalan fungsi ginjal", ujar beliau dalam Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor yang diadakan di Dewan Utama, Kampus Kesihatan. 

sup2

Nik Soriani juga menjelaskan bahawa kebimbangan utama penggunaan perubatan herba meliputi keberkesanan bahan tersebut, kesesuaian klinikal, keselamatan dan kualiti, kontaminasi, kesan sampingan, pelabelan yang tidak jelas dan interaksi herba 'drug'. 
Seramai 300 orang staf dan pelajar memenuhi dewan sempena syarahan umum tersebut yang turut dihadiri oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Profesor Dr Shaiful Bahari Ismail dan ketua-ketua jabatan. 

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Mohd Amin Syafiq Sakri

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 19 September 2018.

 

© 2017 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All Rights Reserved. Designed By PPKT, Health Campus

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown