MAJLIS SOLAT HAJAT IRINGI STAF DAN KARIAH GAMIT LAMBAIAN HAJI 1439H - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

MAJLIS SOLAT HAJAT IRINGI STAF DAN KARIAH GAMIT LAMBAIAN HAJI 1439H

USM, KUBANG KERIAN, 11 Julai 2018 -  Majlis Solat Hajat untuk bakal jemaah haji yang terdiri dari warga staf Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan dan ahli kariah Masjid Mukim Kampus Kesihatan bagi tahun 1439H telah berlangsung di sini, semalam.

Menurut Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan, Profesor Madya Dr. Wan Nudri Wan Daud, tahun ini merupakan tahun yang bertuah kepada Kampus Kesihatan kerana seramai 31 orang staf  dan empat orang kariah masjid telah terpilih untuk mengerjakan ibadah haji.

solat hajat

“Tahun ini merupakan tahun yang tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya mengikut pecahan bakal haji daripada warga Kampus Kesihatan iaitu 12 orang daripada Hospital USM, tujuh orang daripada Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), empat orang daripada Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), tiga orang daripada Jabatan Pembangunan, masing-masing dua orang daripada Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) dan Jabatan Bendahari serta seorang daripada Jabatan Pendaftar,” katanya ketika ditemui di perkarangan Pusat Islam Kampus Kesihatan.

solat hajat1

Kira-kira 400 orang  warga kampus dan ahli kariah masjid bersama-sama mengadakan solat hajat  bagi memohon agar dipermudahkan segala urusan bakal jemaah haji semasa berada di tanah suci di samping mengeratkan hubungan antara warga universiti dengan masyarakat sekitar.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim dan Dekan PPSG, Profesor Dr. Adam Husein serta ketua-ketua jabatan.

Teks/Foto: Abdul Aziz Latif

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 18 November 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown