USM, RMHC METERAI MoU BINA RUMAH RONALD MCDONALD UNTUK KELUARGA PESAKIT WAD PEDIATRIK HOSPITAL USM - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

USM, RMHC METERAI MoU BINA RUMAH RONALD MCDONALD UNTUK KELUARGA PESAKIT WAD PEDIATRIK HOSPITAL USM

mcd98

USM  KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 Julai 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities (RMHC) hari ini untuk pembinaan sebuah Rumah Ronald McDonald di dalam kawasan Kampus Kesihatan USM.

Rumah Ronald McDonald ini dibina bertujuan untuk meringankan beban keluarga pesakit kanak-kanak/pediatrik dengan memastikan mereka mempunyai tempat tinggal sementara yang dekat dengan anak mereka yang sedang menjalani rawatan perubatan di Hospital USM.

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, melalui MoU ini, Kampus Kesihatan USM akan menyediakan satu ekar (0.4 hektar) tanah sebagai tapak pembinaan Rumah Ronald McDonald manakala RMHC pula akan membina rumah termasuk menyediakan kelengkapan dan perkakasan yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM4 juta.

mcd6709

“Perbelanjaan mentadbir dan operasi akan ditanggung secara bersama oleh pihak RMHC dan Hospital USM. 

“USM menyambut baik kerjasama strategik bersama RMHC, sebuah badan kebajikan berdaftar dengan objektif membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dari aspek pendidikan, kesihatan dan juga sosial,” jelasnya semasa menyampaikan ucapan dalam majlis yang berlangsung di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM, di sini.

hjgh

dfsgr

Menurut Asma, pembinaan Rumah Ronald McDonald akan membantu memenuhi keperluan masyarakat, khususnya mereka dari kategori B40 yang merupakan 80% pesakit yang mendapat rawatan di Hospital USM.

“Sebagai contoh, dalam tempoh enam bulan pertama (Januari hingga Jun 2018), Hospital USM menerima sejumlah 3,015 pesakit di wad pediatrik, yang datang dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. 

“Kerjasama ini secara tidak langsung mampu melonjakkan lagi persepsi positif masyarakat khususnya keluarga pesakit, serta pihak-pihak yang berkepentingan dengan USM selain turut memperkukuhkan jenama USM amnya dan Hospital USM khasnya sebagai hospital pakar serta menjadi rujukan dalam pelbagai disiplin perubatan dan kesihatan di Pantai Timur,” ujarnya lagi.

Asma menandatangani MoU itu bagi pihak USM manakala RMHC pula diwakili oleh Presidennya merangkap Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar dan disaksikan oleh Ahli Lembaga Gabenor USM, Tengku Tan Sri Dr. Mahaleel Tengku Ariff.

DSC 2583

Azmir berkata, Rumah Ronald McDonald di Hospital USM dijangka siap dibina pada awal tahun 2019.

“Rumah ini bakal mempunyai 18 bilik yang boleh menempatkan antara empat hingga enam katil setiap bilik dan turut dilengkapi dengan bilik air di dalam setiap bilik.

“Selain bilik penginapan, rumah ini juga turut disediakan kemudahan seperti ruang makan, ruang menonton dan istirehat, dapur, bilik mesin basuh, taman permainan serta Bilik Sensori Ronald McDonald yang membantu perkembangan kanak-kanak istimewa dengan bantuan peralatan multi-deria khas,” katanya.

Tambah Azmir, MoU pada hari ini merupakan satu detik bersejarah bagi RMHC dalam memastikan pembinaan Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia dapat direalisasikan selepas Rumah Ronald McDonald yang pertama dibina pada tahun 1999 di dalam kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Insfrastruktur dan Aset Hospital USM, Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Abdul Rahman mewakili Pengarah Hospital USM; Pengarah Pengurusan Korporat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Che Gayah Jaafar; dekan-dekan, pegawai-pegawai utama universiti dan pegawai-pegawai McDonald’s Malaysia.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel/Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 19 October 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown