BERSAMA USM RAIH KEJAYAAN PACU KECEMERLANGAN - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

BERSAMA USM RAIH KEJAYAAN PACU KECEMERLANGAN

835fc35e e5c6 4b92 b73b 44e39a1dc754

USM KAMPUS KESIHATAN, 6 Sept. 2018 - "Universiti Sains Malaysia (USM) akan memberikan ruang kepada semua pelajar untuk menjadi yang terbaik, jadikan tempoh empat hingga lima tahun pengajian di Universiti sebagai tempoh transformasi agar apabila keluar kelak, saudara dan saudari digilap dan bersinar. Oleh itu, rebutlah sebanyak mungkin peluang yang ada dan kumpul juga pengalaman dalam tempoh pengajian saudara dan saudari", itulah antara amanat yang disampaikan oleh Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Asma Ismail dalam ucapannya sempena Majlis Sambutan Siswa Sidang Akademik 2018/2019 di Kampus Kesihatan hari ini.

bb7f9967 55a8 475b a2fa 25be089ccedf

Menurut Asma, untuk kemasukan tahun ini, secara keseluruhannya, USM menawarkan sejumlah 4,615 peluang pengajian di ketiga-tiga kampus USM iaitu Kampus Induk Pulau Pinang (3,221 pelajar), Kampus Kejuruteraan (768) dan Kampus Kesihatan (626).

"Saya yakin bahawa saudara dan saudari pastinya antara yang terbaik kerana terpilih ke USM, sebuah universiti yang terkenal dengan moto - KAMI MEMIMPIN", ujarnya.

acd45176 575a 45ea bf08 f3e894bf5d07

Pelajar yang telah mendaftar pada 2 September lalu akan mengikuti program-program Ijazah Pertama dan Diploma Kejururawatan yang ditawarkan oleh tiga Pusat Pengajian di Kampus ini iaitu Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan.

Selain itu, ada juga dalam kalangan mereka yang mengikuti Program Antarabangsa Doktor Perubatan USM-KLE, iaitu program off-shore (luar negara) yang dikendalikan oleh USM bersama dengan Karnataka Lingayat Education Society (KLES) di Belgaum, India. 

9428709b 0d76 44bf b06c 38d690ec5722

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Pengarah Kampus Kesihatan yang juga Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim serta pegawai-pegawai utama universiti. 

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 19 October 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown