ICMHS : MEDAN PERKONGSIAN ILMU ANTARA PENYELIDIK - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

ICMHS : MEDAN PERKONGSIAN ILMU ANTARA PENYELIDIK

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 26 September 2018 – International Conference On Medical and Health Sciences (ICMHS) atau Persidangan Antarabangsa Sains Perubatan dan Kesihatan 2018 merupakan medan perbincangan, perkongsian dan pertukaran maklumat ilmu terkini dalam bidang yang berkaitan antara para penyelidik tempatan dan antarabangsa.

Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah1

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam ucapan perasmiannya berkata, beliau percaya persidangan ini mampu menjadi platform atau medan penyatuan ilmu dan penemuan baharu antara penyelidik sama ada dari dalam mahupun luar negara.

“Persidangan ini juga merupakan kelangsungan tradisi keilmuan universiti dalam memasyarakatkan ilmu pada semua peringkat sama ada dalam kalangan mahasiswa, calon pascasiswazah mahupun masyarakat seluruhnya.

“Dalam dunia perubatan hari ini, perubahan cepat berlaku dan maklumat tersebar begitu pantas dengan adanya kemudahan teknologi baharu selaras dengan tema persidangan pada kali ini iaitu ‘Ke Arah Revolusi Perindustrian ke-4: Mengatasi Kesukaran’,” ujarnya.

Menurut Ahmad Farhan, isu fenomena ini mencerminkan masa hadapan pengajaran, amalan dan penyelidikan para ahli akademik, saintis, pengamal perubatan dan kesihatan untuk bergerak pantas seiring dengan kecanggihan teknologi terkini.

“Walau bagaimanapun, revolusi perindustrian 4.0 bukan sahaja di USM, tetapi juga perubahan yang dihadapi oleh seluruh dunia.

Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah3

“Saya percaya bahawa era ini adalah era yang paling mengkagumkan di mana perkara-perkara yang pernah kita lakukan dalam tempoh 40 tahun yang lalu tidak lagi relevan dengan masyarakat kini,” katanya lagi.

Ahmad Farhan turut berharap agar pakar dan penceramah jemputan persidangan pada kali ini dapat berkongsi pendapat masing-masing mengenai isu-isu teknologi terkini dalam dunia perubatan terutamanya menghadapi cabaran industri 4.0 dalam menjadikan Kampus Kesihatan USM sebagai hub rujukan perubatan serantau di samping memupuk kerjasama yang lebih erat untuk menghasilkan penyelidikan yang unggul dalam bidang sains, terutamanya perubatan.

ICMHS adalah sejajar dengan hasrat Naib Canselor USM bahawa sudah tiba masanya ‘National Conference On Medical and Health Sciences’ (NCMHS) dibawa ke peringkat antarabangsa dan ICMHS yang pertama telah dianjurkan beberapa tahun lalu serta akan ada ICMHS yang berikutnya pada tahun-tahun mendatang.

Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah2

Persidangan pada kali ini merupakan kerjasama antara Kampus Kesihatan USM, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral.

Yang turut hadir dalam persidangan ini ialah Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Dr Adam Husein, Pengarah Nexus Perubatan dan Sains Kesihatan, Profesor Dr Nik Soriani Yaacob, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan Haiwan, Dr Saidi Jaafar dan Pengerusi ICMHS 2018, Dr Azlina Ahmad.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Mohd Amin Syafiq Sakri

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 16 December 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown