ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

PPSP KEBANGGAAN USM KERANA LAHIRKAN RAMAI DOKTOR PAKAR UNTUK NEGARA


USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Mac 2023 - "Para Pensyarah Perubatan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) adalah golongan yang istimewa  kerana di dalam kesibukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, tugas klinikal dan penyelidikan, namun tetap patuh kepada etika amalan masing-masing. Mereka adalah golongan yang sentiasa menjaga adab serta menutup aib pesakit, penyampai berita duka dan gembira kepada keluarga pesakit", demikian ungkapan kata-kata semangat oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin dalam sesi perjumpaan bersama warga PPSP, minggu lalu. 

IMG 20230303 WA0004
 
Menurut Shaharum, ini adalah kelebihan dan keistimewaan yang hanya dimiliki oleh para pensyarah klinikal dan pengamal perubatan yang sentiasa berhadapan situasi sukar seperti suasana sedih ketika memaklumkan kematian dan suasana gembira apabila berjaya merawat pesakit. 
 
IMG 20230303 WA0005
 
IMG 20230303 WA0002
 
Selain itu, Shaharum berharap agar semua warga PPSP sentiasa berazam untuk melunaskan tanggungjawab sebaik mungkin selaras dengan amanah yang dipikul serta sentiasa mempunyai pelan perancangan untuk melatih para pelapis sebagai kesinambungan menyambung amanah kepakaran klinikal yang amat di perlukan oleh masyarakat. 
 
IMG 20230303 WA0003
 
IMG 20230303 WA0006
 
Shaharum juga turut berkongsi perjalanan sepanjang 15 tahun USM  memegang status universiti APEX sehingga dinobatkan tempat ke-4 dalam 'Sustainable Development Goals' (SDG) dan pelan merancakkan semula Agenda APEX Universiti bagi memastikan USM terus teguh dalam pemerkasaan fasa APEX seterusnya. 
 
Dalam sesi perjumpaan yang dihadiri lebih 100 orang warga PPSP itu, mereka turut diberi kesempatan mengutarakan pandangan berkait keperluan perjawatan, penambahbaikan infrastruktur dan prasarana yang terdapat di PPSP serta Kampus Kesihatan. 
 
IMG 20230303 WA0000
 
Turut hadir ialah Dekan PPSP, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman; Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Latihan Ikhtisas, Profesor Dr. Irfan Mohamad; Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak; Ketua Penolong Pendaftar, W. Zalawati Mohd Noor dan ketua- ketua jabatan PPSP.

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 01 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.