USM METERAI KERJASAMA PROGRAM TRANSFORMASI OKU

KOTA BHARU, KELANTAN, 19 Oktober 2020 - Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuhkan kedudukan dalam usaha memperkasakan golongan orang kurang upaya (OKU) melalui projek latihan transformasi OKU yang dilaksanakan oleh Unit Transformasi OKU, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK).

SAVE 20201019 215454

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim berkata, USM menyambut baik kerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan dalam program transformasi OKU ini.

"Pada peringkat permulaan, Unit Transformasi OKU akan melaksanakan program pemindahan ilmu kepada Kerajaan Kelantan melalui Projek Modifikasi Khas Kerusi Roda.

SAVE 20201019 215511

"Program pemindahan ilmu ini bertujuan bagi membolehkan Pusat Khidmat Modifikasi Khas Kerusi Roda dapat diwujudkan di luar kampus USM dalam usaha memberi khidmat kepada rakyat Kelantan dengan lebih meluas", ujarnya.

Sukari ditemui semasa mewakili Naib Canselor USM menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara USM dan Kerajaan Negeri Kelantan yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Hajjah Mumtaz Md. Nawi di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darulnaim hari ini.

SAVE 20201019 215628

Selain daripada MoU, lebih manis lagi apabila dua orang staf Kampus Kesihatan telah menerima anugerah sempena Hari Kebajikan Negeri Kelantan 2020 iaitu Tokoh Aktivis Kelantan kategori Cakna OKU dan Tokoh Amilin Kebajikan Kategori Wanita.

Bagi pihak Universiti, Sukari merakamkan ucapan tahniah serta berbangga kerana anugerah ini menunjukkan kecaknaan serta nilai-nilai murni staf USM terlibat dengan program-program kebajikan di peringkat negeri.

"Saya juga mengharapkan agar lebih ramai lagi staf di Kampus Kesihatan yang mencontohi semangat sebegini. Walaupun dalam kesibukan tugas seharian, masih sempat meluangkan masa menabur khidmat untuk kebajikan masyarakat", katanya lagi.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 15 November 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.