ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

BERAYA DI KAMPUS, 1 SYAWAL DIRAI PENUH KESYUKURAN


USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 Mei 2022 - Meskipun sambutan 1 Syawal pada tahun ini amat bererti kepada seluruh umat Islam kerana telah dibenarkan menyambutnya berbanding tahun sebelum ini ekoran pandemik COVID-19, namun ada juga pelajar yang terpaksa beraya di kampus. 

SAVE 20220502 132946

Di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), sebilangan pelajar  berada di kampus pada hari lebaran terutama pelajar antarabangsa, pelajar tahun akhir dan pelajar pasca siswazah yang memilih untuk beraya di kampus. 
 
Sehubungan itu, sempena kedatangan 1 Syawal, Pusat Islam Kampus Kesihatan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) mengambil inisiatif meraikan sambutan hari raya dengan menyediakan pelbagai juadah seperti satay, nasi hujan panas serta kuih muih kepada pelajar yang dibungkus dan diagihkan oleh sukarelawan bertugas. 
 
Menurut Pemangku Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan,  Amira Abd Sattar @ Ismail,  menu juadah hari raya ini merupakan inisiatif Pusat Islam dan BHEPA dan diharap ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan sedih kerana tidak dapat balik beraya dan juga mengambil peluang meraikan 1 Syawal di dalam kampus setelah dua tahun kita tidak meraikan suasana raya sepanjang tempoh PKP. 
 SAVE 20220502 132918
 
Salah seorang pelajar antarabangsa yang tidak balik beraya, Altamimi Mouayyad, 23, dari Arab Saudi yang sudah dua tahun tidak balik beraya bersama keluarga tercinta berkata, suasana sambutan hari raya di dalam kampus bersama rakan-rakan yang lain dapat mengubati perasaan rindu kepada keluarga. 
 
SAVE 20220502 132925
 
"Saya jadikan pengorbanan ini sebagai satu titik permulaan dalam persediaan menempuh alam kerjaya dalam bidang perubatan agar dapat mendepani dugaan dan cabaran yang akan mendatang kelak, ” kata pelajar perubatan tahun empat ketika ditemui usai solat sunat Aidilfitri di Masjid Mukim Kampus Kesihatan. 
 
Teks : Mohamad Iqmal Mathlan / Foto : Mohd Hafiz Ya'acob

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 31 Januari 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.