ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

SANTUNAN AIDILFITRI : MENTERI KPT KUNJUNGI KELUARGA ARWAH LUKMAN HAKIM


KOTA BHARU, 5 Mei 2022 - KPT Prihatin bukan sekadar suatu slogan. Ia merupakan iltizam pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menjaga kebajikan serta kemaslahatan mahasiswa pada sepanjang masa. 
 
SAVE 20220505 165733
 
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad hari ini meluangkan masa menziarahi keluarga arwah Lukman Hakim Mat Rani, pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) yang meninggal dunia beberapa hari menjelang 1 Syawal. 
 
SAVE 20220505 165741
 
Kesempatan menyantuni keluarga arwah digunakan oleh Noraini bagi menyampaikan sumbangan KPT serta sumbangan peribadi beliau tanda simpati serta bagi meringankan beban keluarga arwah. 
 
SAVE 20220505 165804
 
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Pengajian Tinggi KPT, Profesor Dato' Dr. Husaini Omar, Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik KPT, Dato' Shahril Abdullah, Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin, Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Pemangku Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman serta pegawai-pegawai KPT dan Universiti Sains Malaysia 
 
#KPTPrihatin
#USMKamiMemimpin 
 
Pusat Media & Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan USM
5 Mei 2022 
 
Ikuti kami di media sosial https://linktr.ee/USMKampusKesihatan

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 31 Januari 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.