ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

KEMAHIRAN MELAKSANAKAN PROSES PENYIASATAN ULTRASOUND YANG TEPAT ANTARA FOKUS HOSPITAL USM


USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 Jun 2022 – “Kemahiran mengendalikan proses penyiasatan menggunakan radas dengan betul dan tepat sentiasa menjadi keutamaan pihak pengurusan hospital, “demikian tegas Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman semasa menyampaikan ucapan perasmian Kursus ‘Point of Care Ultrasound’ (POCUS) Hospital USM 2022 hari ini.

ef95b86e 2324 434e 9196 66ed0ee4e306

Menurut Nik Hisamuddin, kursus tersebut diadakan bagi memastikan kemahiran pemeriksaan ultrasound dalam kalangan pakar dan pegawai perubatan Hospital USM berada pada tahap kompetensi yang optimum.

“Dengan adanya pendedahan dalam kursus ini, pesakit yang dirawat mendapat jagaan terbaik dan sempurna sambil menetapkan standard bagi setiap daripada penyiasatan tersebut menepati kehendak profesionalisma semasa staf terlibat.

242954b0 e977 492b 940a eaed08e64670

“Saya percaya dengan usaha yang dimulai oleh inisiatif jawatankuasa pengurusan mesin ultrasound yang sekarang diketuai oleh Timbalan Pengarah Insfrastruktur dan Aset, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud menepati objektif yang kita mahukan di hospital ini di mana peserta terlibat diberikan latihan dalam penggunaan mesin ultrasound,” katanya.


Tambah Nik Hisamuddin, beliau merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat menghasil dan menerbitkan ‘Hospital USM Handbook of POCUS 1st Edition’ hasil kursus siri terdahulu dengan kerjasama pakar-pakar terulung di setiap jabatan dan unit di Hospital USM yang menggunakan mesin ultrasound.

d1c718df 045b 42fc a704 f8275ac6d053

“Saya percaya buku ini diwujudkan sebagai panduan bagi pegawai dan pakar perubatan di setiap jabatan dan unit di Hospital USM yang menggunakan mesin ultrasound dalam menjalankan proses ultrasound di tempat pesakit berada atau ‘Point of Care’.

“Hasil inisiatif ini diharap dapat membantu dalam proses mendapatkan diagnosis serta rawatan yang lebih tepat.

562791ed 53f3 468f a3c8 d7529450e90f

Turut sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Operasi) Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof dan Pengerusi Jawatankuasa Kursus POCUS Hospital USM 2022/2023, Dr Chandran A/L Nadarajan.

 

Teks : Wan Salizawati Wan Ismail / Foto : Abdul Hasib Abdul Rahman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 27 Januari 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.