ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

SHAHARUM SERU WARGA KAMPUS HAYATI KISAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM, NABI ISMAIL


USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 Julai 2022 – “Warga Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) dan komuniti sekitar diseru untuk menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail bersempena Hari Raya Aidiladha tahun ini”, demikian kata Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin ketika menyampaikan ucapan perasmian Program Ibadah Korban Peringkat Kampus Kesihatan, hari ini. 

SAVE 20220712 123643
 
Menurut Shaharum, kisah dan sejarah pengorbanan agung Nabi Ibrahim dan anakanda Baginda Nabi Ismail harus dijadikan iktibar yang perlu sentiasa dihayati oleh seluruh umat Islam dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian. 
 
“Kita perlu bersyukur kerana diberi setahun lagi peluang untuk hidup dan merasai nikmat-nikmat pengorbanan bukan sahaja pengorbanan yang kita telah lalui bersama ibu bapa dan keluarga, tetapi juga pengorbanan untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan ekonomi dan suasana sukar kerana masih lagi dikelilingi virus COVID-19, cuaca yang sukar ekoran banjir melanda tanpa musim dan sebagainya. 
 
“Namun, anggaplah itu semua pengorbanan hakiki yang perlu kita tempuhi dalam meneruskan hidup yang semakin mencabar kini,” ujarnya. 
 
SAVE 20220712 123559
 
Tambah Shaharum, jadikanlah pengorbanan Nabi Ibrahim yang menyembelih anaknya Nabi Ismail sebagai iktibar bagi menghindarkan segala dugaan dan bisikan syaitan sewaktu berkira-kira untuk menyembelih anakandanya ketika itu. 
 
Shaharum turut mendoakan semoga ibadah korban semua warga Kampus Kesihatan tahun ini diterima oleh Allah S.W.T. 
 
SAVE 20220712 123610
 
“Sesungguhnya, ibadah ini merupakan tanda ketaatan, ketakwaan dan kehambaan kita kepada Allah. 
 
“Raikanlah Aidiladha secara bersederhana sebagaimana tuntutan syariat dan hayatilah erti pengorbanan di sebalik Aidiladha pada kali ini,” katanya. 
 SAVE 20220712 123626
 
Sebanyak lapan (8) ekor lembu dan enam (6) ekor kambing disembelih dalam program tahunan anjuran Pusat Islam Kampus Kesihatan pada tahun ini.  
 
Program tersebut bertujuan memberi kesedaran serta peluang kepada warga kampus dan komuniti sekitar untuk menunaikan tuntutan ibadah korban selain berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan terutamanya warga kampus dalam kalangan asnaf, golongan B40 dan ahli kariah Masjid Mukim Kampus Kesihatan di samping mengeratkan ukhwah dan silaturrahim antara staf dan orang awam. 
 
Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 04 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.