ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

JIWAI TRANSFORMASI, LAKSANA AGENDA PERUBAHAN


USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 Julai 2022 - Transformasi merupakan proses perubahan yang berlaku bagi membolehkan organisasi kekal relevan dan mampu bersaing sebagai tindak balas terhadap perkembangan semasa serta suatu penciptaan paradigma baharu yang melibatkan perubahan struktur dan sistem, kaedah pengurusan, kompetensi dan profil pekerja serta output.

02bf3985 6b00 4984 8324 2b25868727af

Menurut Pendaftar Universiti Sains Malaysia, Dato’ Dr. Musa Ali, transformasi boleh ditafsir sebagai agenda perubahan kepada sesuatu aturan dalam kehidupan yang menjadi komponen paling penting untuk mencapai kemajuan.

“Transformasi ialah melakukan perubahan daripada satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik dengan menekankan perubahan secara holistik yang mana keberhasilannya dapat menzahirkan impak berskala besar merangkumi seluruh sistem.

“Contohnya, pandemik COVID-19 yang melanda negara kita sejak dua (2) tahun lalu memaksa pengurusan organisasi dalam semua sektor pada peringkat global termasuk sektor awam di Malaysia untuk membangun dan meningkatkan dasar serta prosedur membenarkan kakitangan bekerja dari rumah (BDR),” ujarnya semasa sesi perkongsian program ‘Melentur Buluh Sembang Santai Bersama Pendaftar’, hari ini.

b2a5451d 0325 4323 b872 98ffdb06890d

32 tahun menabur bakti kepada USM bukanlah satu tempoh yang singkat untuk figura berkaca mata ini berkongsi perjalanan hidupnya sebagai penjawat awam (pegawai tadbir). Namun, bagi Musa, kejayaan akan muncul selepas seseorang itu sanggup menggalas tanggungjawab untuk mentransformasikan diri sendiri ke arah yang lebih baik. 

“Saya percaya setiap orang berhadapan dengan cabaran masing-masing terutama bergelar penjawat awam di era pandemik dan kita tidak lagi janggal mengguna atau mendengar istilah BDR, mesyuarat atas talian, pembayaran dalam talian dan tandatangan digital.

“Jadikan perubahan ini sebagai medium baharu untuk kita semua menyahut cabaran yang lebih besar pada masa akan datang dan jiwailah transformasi untuk lebih berani melaksanakan agenda perubahan yang baharu,” jelasnya.

ec40dc51 69f7 4332 81b5 1c1a6bbbd410

Musa yang juga penulis buku Sirap Limau Ais Memoir Seorang Pentadbir turut berkongsi peranan pentadbir sesebuah organisasi menguruskan cabaran pasca pandemik COVID-19.

“Sesebuah organisasi perlu bijak mengurus sumber yang semakin mengecil dan terhad, sejauh mana governan yang sedia ada mampu mengurus tadbir tuntutan dan cabaran bagaimana menguruskan bakat dalam era pasca COVID-19.

07ec5555 9f8a 4faa 9f4f 9acf249bff5e

“Tiga ‘S’ pasca COVID-19 yang perlukan kajian semula bagi sesebuah organisasi iaitu starategi, struktur dan sistem. Strategi bermaksud mempersoalkan apakah strategi yang ada sekarang sesuai dengan persekitaran baharu?, struktur pula merujuk apakah struktur yang ada mampu menyokong pelaksanaan strategi? dan sistem pula meliputi apakah sistem penyampaian yang ada mampu melaksanakan strategi?,” ulasnya.

5c16b7ec b76d 4713 90dd fa7530dc83f8

Musa turut berpesan kepada semua penjawat awam khususnya warga Kampus Kesihatan agar menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin tanpa mengira pangkat dan jawatan yang disandang selari dengan moto USM iaitu ‘Kami Memimpin’.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 31 Januari 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.