ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

CEO NIBM TINJAU FASILITI SERTA PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN VAKSIN SEMPENA KUNJUNGAN HORMAT KE KAMPUS KESIHATAN USM


USM KUBANG KERIAN, 4 Ogos 2022 - Perbincangan berkenaan perkembangan projek pembangunan vaksin merupakan antara intipati sempena Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM), Profesor Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim ke Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.  

SAVE 20220805 072028
 
Dalam sesi taklimat yang disampaikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) yang juga Pakar Vaksinologi/Imunologi, Profesor Dr. Norazmi Mohd Nor, terdapat tiga (3) platform teknologi iaitu 'Attenuated Vibrio Cholerae' sebagai vektor, 'Chimeric Protein' dan  'Subunit Protein' dalam pembangunan vaksin di Kampus Kesihatan. 
 
Vaksin untuk COVID-19 juga sedang dibangunkan menggunakan geran yang diperoleh menerusi kolaborasi dengan beberapa organisasi berkaitan. 
 
SAVE 20220805 072059
 
Norazmi juga turut berkongsi berkenaan perancangan pengubahsuaian 'Vaccinology Immunology Laboratory' (VI LAB) bagi meningkatkan lagi aktiviti penyelidikan dan penghasilan vaksin berbanding dengan yang sedia ada. 
 
Perbincangan yang disertai oleh Pengarah Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI), Profesor Madya Dr. Mohd Ghows Mohd Azzam dan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM,  Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, antara lain memfokuskan kepada peluang menjalin kerjasama strategik kedua-dua belah pihak dalam penyelidikan bidang kepakaran masing-masing. 
 
SAVE 20220805 072049
 
Delegasi juga dibawa ke makmal yang berkaitan bagi meninjau kemudahan prasarana serta dapatan kajian dan pembangunan vaksin yang sedang dilaksanakan. 
 
Di samping itu, pertemuan dua hala ini turut memperkenalkan peranan serta fungsi Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan Haiwan (ARASC) USM yang menjadi tunjang dalam pelbagai penyelidikan yang dijalankan di Kampus Kesihatan. 
 
SAVE 20220805 072018
 
Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Saintis IPharm-NIBM, Dr. Faisalina Ahmad Fisol, Dekan PPSK, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak, Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul, Profesor Madya Dr. Aziah Ismail, Timbalan Dekan (Siswazah, Kerjaya & Antarabangsa) PPSK, Profesor Madya Dr. Rapeah Suppian, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri - Komuniti) PPSK, Profesor Dr. Hairul Anuar Hashim, Penyelaras Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan Haiwan (ARASC), Kampus Kesihatan, Dr Nur Izni Mohd Zaharri serta pegawai-pegawai yang terlibat dari PPSK dan ARASC.                
 
Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 04 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.