ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

SUDUT PROFESOR PLATFORM KONGSI HASIL PENYELIDIKAN DAN PENGKOMERSILAN PRODUK


USM KUBANG KERIAN, 29 Ogos 2022 - Fokus untuk membantu mengkormersilkan produk-produk penyelidikan, Perpustakaan Hamdan Tahir (PHT), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif berkolaborasi dengan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) mewujudkan satu sudut perkongsian ilmu dan hasil penyelidikan oleh profesor-profesor di Kampus Kesihatan. 

SAVE 20220829 193106
 
Berucap di majlis pelancaran 'Sudut Profesor' di PHT hari ini, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, semua pihak perlu bertanggungjawab untuk memainkan peranan supaya hasil penyelidikan yang ada dapat disebarluas kepada masyarakat dan dimanfaatkan bersama. 
 
SAVE 20220829 193113
 
"Tidak dapat kita nafikan, USM telah melahirkan ramai penyelidik yang berkaliber dan menghasilkan produk bermutu tinggi serta diakui kehebatannya di serata dunia.  
 
"Inisiatif mewujudkan platform perkongsian ini sangat baik dan tepat pada masanya. 
 
"Komitmen serta inisiatif yang mensasarkan pembinaan hubungan antara pelanggan dan penyelidik bagi perolehan serta penyebaran maklumat memasarkan produk hasil penyelidikan dan memperolehi keuntungan hasil jualan produk sebegini sewajarnya dihargai," ujarnya. 
 
Biarpun bermula pada skala yang kecil, namun ianya boleh diperluaskan agar maklumat berkenaan hasil penyelidikan sampai kepada masyarakat khususnya mereka yang mementingkan ketelusan
dan pembuktian yang nyata. 
 
SAVE 20220829 193120
 
Berkonsepkan penyelidikan diterjemahkan dalam bentuk produk yang dipamer di 'Sudut Profesor' manakala maklumat kajian diarkibkan dan didigitalisasi supaya tidak hilang di samping menyediakan akses yang lebih mudah kepada pengguna agar boleh dimanfaatkan dengan sewajarnya untuk kelestarian ilmu di masa hadapan. 
 
Dekan PPSK, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak merupakan profesor pertama yang dipilih untuk berkongsi maklumat serta hasil penyelidikan menerusi 'Sudut Profesor' berkenaan produk-produk yang telah dihasilkan antaranya 'corn silk' yang dihasilkan daripada sutera jagung. 
 
Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah Timbalan Ketua Pustakawan Kampus Kejuruteraan, Radia Banu Jan Mohammad, Timbalan Ketua Pustakawan  PHT, Noraida Hassan, pegawai-pegawai PHT serta ahli Kumpulan Perpustakaan Perubatan Malaysia. 
 
Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Muhd Zulkifli Zakaria

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 01 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.