ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

PESAKIT TBI PERLU DIBERI BANTUAN DAN SOKONGAN MORAL


USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 September 2022 – ‘Traumatic Brain Injury’ (TBI) ialah kecederaan otak yang berlaku akibat hentakan di bahagian kepala kesan daripada terjatuh, kemalangan jalan raya dan hentakan kepala pada sesuatu benda yang boleh memberi kesan kepada pergerakan, deria rasa, emosi dan tingkah laku seseorang tanpa kita sedari. 

Otak manusia mempunyai 1.8 billion sel neuron dan sekiranya mengalami kecederaan akan melibatkan gangguan beberapa fungsi otak.  
 
9321ce93 beda 42e2 bf6b c328109ebd1c
 
Pensyarah dan Penyelidik, Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Aini Ismafairus Abd. Hamid berkata, bagi pesakit TBI, mereka akan menjalani pemeriksaan otak di hospital seperti menggunakan mesin pengimejan resonans magnetik. 
 
“Pesakit juga perlu menjalani ‘functional Magnetic Resonance  Imaging' (fMRI) dan penyiasatan satu lagi teknologi neuro iaitu 'Electroencephalography '(EEG) bagi mengesan dan mendapat gambaran terperinci perubahan dalam aktiviti otak. 
 
Selain itu, kombinasi penyiasatan daripada Pegawai Psikologi Klinikal turut dilakukan,” katanya. 
 
SAVE 20220904 224858
 
Tambah Aini Ismafairus, selepas mendapati berlaku kemalangan otak, kajian yang kami laksanakan dengan kelulusan Jawatankuasa Etika Manusia USM dilakukan dalam beberapa sesi iaitu diagnosis awal (3) hingga (6) minggu selepas kemalangan, (6) bulan dan (1) tahun. 
 
“Pesakit mengalami perubahan dalam aktiviti otak yang memberi kesan terhadap gangguan ketidakseimbangan emosi disebabkan oleh kecederaan otak tahap minor dan sederhana dan fungsi kognitif akan berbeza selepas kemalangan terjadi,” katanya. 
 
Sementara itu, menurut Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Azlinda Azman yang juga merupakan penyelidik bersama dalam kajian ini, beliau menekankan kesan psikososial yang perlu dilalui oleh pesakit itu sendiri mahupun keluarga mereka.  
 
550c86c1 bd87 42ba 9409 8ebeb56e9be3
 
“Pesakit, penjaga atau keluarga pesakit memerlukan sokongan psikososial daripada pihak hospital serta agensi-agensi berkaitan untuk terus memberi sokongan bagi memastikan pemulihan berterusan dalam kalangan pesakit TBI ini.
  
“Keluarga yang menjaga pesakit TBI juga perlu dibantu bagi membolehkan mereka melalui fasa-fasa getir yang selalunya melibatkan keperluan bantuan kewangan dan khidmat kaunseling daripada pihak-pihak berkaitan,” ujarnya. 
 
Azlinda berkata, terdapat juga keperluan sokongan daripada agensi-agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan berkaitan untuk terus membantu pesakit TBI, termasuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian apabila mereka kembali pulih bagi meneruskan kehidupan. 
 
“Penjaga pesakit TBI juga perlu tahu ke mana sepatutnya pesakit ini dirujuk sekiranya berlaku gangguan emosi di luar kawalan. Malah dorongan berterusan daripada keluarga amat penting bagi memastikan pesakit TBI dapat sembuh sepenuhnya. 
 
“Diharap hasil kajian ini mengetengahkan lagi isu-isu yang dihadapi oleh pesakit TBI dan keluarga mereka serta pemulihan mereka dapat terus dan diberi perhatian sepertimana pesakit-pesakit lain yang mengalami strok dan golongan orang kelainan upaya (OKU),” katanya. 
 
Turut terlibat dalam kajian ini antaranya Pakar Bedah dan Pengarah Kluster Otak dan Tingkah Laku PPSP USM, Profesor Dato' Dr. Jafri Malin Abdullah, Penyelaras Unit Pembangunan Korporat Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Ab. Rahman Izaini Ghani, Ketua Jabatan Neurosains PPSP, Profesor Dr. Zamzuri Idris, Profesor Madya Dr. Haidi Ibrahim daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik USM dan penyelidik dari Thailand, Cuba serta Amerika Syarikat. 
 
Teks: Muhd Zulkifli Zakaria / Foto: Anawiah Abdul Aziz

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 10 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.