ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

PERMATA YANG DIABAIKAN: USM PERKASA MODUL LATIH OKU LEBIH PRODUKTIF


SAVE 20220918 202624

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 18 September 2022 – “Forum Transformasi Orang Kelainan Upaya (OKU) bertemakan “Transformasi OKU : dari Liabiliti kepada Produktiviti : Permata yang Diabaikan”, merupakan platform perkongsian ilmu yang tepat dalam merealisasi objektif utamanya bagi memperkasa golongan istimewa ini,” demikian ucapan Dekan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) yang mewakili Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak semasa menyampaikan ucapan perasmian dalam forum tersebut, hari ini. 

SAVE 20220918 202606
 
Menurut Wan Rosli, inisiatif mengadakan forum seumpama ini dilihat sebagai satu usaha yang baik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peluang dan kesaksamaan hak OKU dalam pendidikan dan perkhidmatan awam secara amnya. 
 
“Seramai 150 orang peserta hadir menyertai forum ini yang bukan sahaja dapat memberikan ilmu kepada peserta, malah secara tidak langsung membuka mata masyarakat tentang perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Transformasi OKU, PPSK dan seterusnya tampil mendapatkan perkhidmatan. 
 
SAVE 20220918 202642
 
“Program Latihan Pekerjaan OKU Intelek (VT) juga merupakan antara usaha yang dijalankan oleh Unit Transformasi OKU bagi melatih golongan OKU intelek mendapat pekerjaan,” katanya. 
 
Tambah Wan Rosli, program VT ini telah diwujudkan dengan modul lengkap yang dijalankan sejak tahun 2012 dengan penglibatan kepakaran Terapi Carakerja (Occupational Therapy) bagi pemindahan ilmu kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di mana terbukti berkesan melalui kejayaan melatih seramai 150 orang OKU. Ianya sejajar dengan Dasar Satu Peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada golongan OKU dalam semua kementerian dan ianya perlu diperluaskan khususnya ke kawasan pedalaman. 
 
SAVE 20220918 202615
 
“Bertitik tolak dari situlah, forum ini dapat membuka mata ibu bapa dan masyarakat bahawa golongan OKU mempunyai potensi untuk berjaya dan mendapat pekerjaan. 
 
“Apabila golongan ini mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan sendiri, ianya membolehkan golongan OKU bertukar status daripada liabiliti kepada produktiviti,” ujarnya lagi. 
 
SAVE 20220918 202656
 
Wan Rosli turut merakam penghargaan kepada semua pihak yang membantu dan bekerjasama dengan Unit Transformasi OKU, antaranya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial Negeri Kelantan (PERKESO) yang memainkan peranan penting memberi sinar baharu kepada golongan OKU dalam mendapatkan pekerjaan serta PDK dalam merealisasi, menampilkan keupayaan dan menggilap potensi golongan ini. 
 
Hadir sama dalam program tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Zulkafli Senik; wakil Timbalan Yang Dipertua MAIK, Nur Afiqah Hamidi; Penyelaras 1 Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS), Dr. Norhayati Mohamad; Pengerusi bersama Kluster OKU USM merangkap Ketua Unit Transformasi OKU, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim dan Pengarah Projek Forum Transformasi OKU, Dr. Nik Norliza Nik Hassan. 
 
SAVE 20220918 202707
 
Program tersebut turut diisi dengan pelbagai pameran antaranya daripada Persatuan OKU Berkerusi Roda (OKUSIDA), PERKESO, JKM, Pusat Transformasi OKU USM-MAIK, Koperasi Cakna OKU Kelantan Berhad, Nursery Hijau Najmi, Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 dan Taska OKU Auliya.
 
 
Teks : Wan Salizawati Wan Ismail /Foto : Unit Fotografi UKAST

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 30 November 2022.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.