ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

YAYASAN UEM SUMBANG LEBIH RM1.5 JUTA RINGANKAN BEBAN PESAKIT HOSPITAL USM SEJAK 2019


USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 18 Oktober 2022 - "Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Yayasan UEM yang sentiasa menghulurkan sumbangan kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), terutama sepanjang kita menghadapi pandemik COVID-19", demikian ucapan Pengarah, Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman dalam majlis meraikan lawatan delegasi Yayasan UEM ke Hospital USM, hari ini. 

SAVE 20221018 195219

 Menurut beliau, sebagai rakan program 'Medical Assistance' Hospital USM sejak 2019, Yayasan UEM komited menyalurkan sumbangan dan ianya sangat membantu pesakit golongan B40 dan asnaf yang memerlukan. 
 
SAVE 20221018 195226
 
"Sesungguhnya Hospital USM sangat bertuah kerana Yayasan UEM bukan hanya menyalurkan sumbangan berbentuk kewangan untuk perubatan dan alatan perawatan, malahan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 sumbangan disalurkan dalam pelbagai bentuk seperti peralatan perlindungan diri (PPE), Kit RTK-Antigen untuk ujian pengesanan COVID-19 serta makanan untuk pasukan barisan hadapan yang bertugas", katanya. 
 
SAVE 20221018 195203
 
Sementara itu, Pengarah Urusan UEM yang juga  Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UEM, Dato' Mohd Izani Ghani amat berbangga dan terharu kerana RM1,580,000 yang disumbangkan sebelum ini telah dimanfaatkan oleh hampir 300 orang pesakit. 
 
"Kerjasama dengan USM bermula secara tidak sengaja akan tetapi kekuatan Hospital USM sebagai hospital rujukan dan tumpuan pesakit-pesakit bukan sahaja dari negeri Kelantan malahan merangkumi pesakit dari Terengganu dan Pahang menjadi alasan paling kukuh untuk Yayasan UEM menyalurkan sumbangan. 
 SAVE 20221018 195210
 
"Saya mengharapkan kerjasama ini akan berterusan demi kelangsungan masyarakat yang memerlukan", ujar beliau. 
 
Hari ini Yayasan UEM terus menyalurkan sumbangan berjumlah RM400,000 kepada Hospital USM di samping tiga (3) orang pesakit turut menerima sumbangan. 
 SAVE 20221018 195232
 
Turut hadir ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Direktor Komunikasi UEM Group Berhad merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan UEM, Aishah Nor; Penyelaras Unit Pembangunan Korporat Hospital USM, Profesor Dato’ Dr. Ab. Rahman Izaini Ghani @Ab. Ghani; Timbalan-timbalan Pengarah Hospital USM dan Ketua-ketua Jabatan. 
 
Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid & Marlina Zahari / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 27 Januari 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.