ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK: CEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT


USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 19 Oktober 2022 – Bagi pesakit buah pinggang kronik, fungsi buah pinggang akan berkurangan secara beransur-ansur tanpa dapat disembuhkan dan juga dianggap sebagai pembunuh dalam diam.

SAVE 20221019 202943

Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan serta Yayasan Islam Kelantan menganjurkan 'Seminar Kesedaran Tentang Penyakit Buah Pinggang Kronik dan Perkaitan dengan Kesihatan Oral' dalam kalangan guru. 

Program ini merupakan inisiatif di bawah geran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS). 
 
SAVE 20221019 202936
 
Menurut Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, penyakit buah pinggang kronik atau ‘Chronic Kidney Disease’ (CKD) merupakan salah satu isu yang membebani sistem kesihatan di Malaysia berikutan jumlah pesakit yang semakin meningkat. 
 
"Berdasarkan Daftar Dialisis dan Pemindahan Buah Pinggang Malaysia, seramai 7,967 pesakit baharu menjalani dialisis pada tahun 2015 dan dijangka meningkat kepada 106,000 pada tahun 2040. 
 
SAVE 20221019 202929
 
“Berikutan dengan itu, kempen kesedaran perlu segera digerakkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan penjagaan buah pinggang,” katanya ketika merasmikan seminar tersebut, hari ini. 
 
SAVE 20221019 202958
 
Sementara itu, Pengarah Seminar Kesedaran Penyakit Buah Pinggang Kronik dan Perkaitan dengan Kesihatan Oral, Dr. Nur Karyatee Kassim, pula berkata, penganjuran seminar itu bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendedahan terutama kepada warga pendidik tentang penyakit buah pinggang kronik. 
 
“Ia amat bertepatan dalam membantu para guru kekal sihat memandangkan mereka amat sibuk dalam memberi pendidikan ketika pasca COVID-19 sehingga tiada masa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. 
 
SAVE 20221019 202922
 
"Mereka juga boleh menyampaikan ilmu yang diperoleh dalam seminar ini melalui platform pendidikan kepada pelajar dan masyarakat. 
 
“Selain kesedaran mengenai kepentingan buah pinggang, peserta turut didedahkan tentang faktor-faktor penyebab, cara pencegahan serta  ujian air kencing dan darah yang digunakan untuk mengesan penyakit buah pinggang kronik,” katanya. 
 
SAVE 20221019 202950
 
Menurut Nur Karyatee, penghidap penyakit buah pinggang turut berisiko mendapat penyakit oral seperti penyakit periodontitis atau kerosakan pada gusi dan tulang gigi. Selain perkongsian pakar, turut diadakan kuiz bagi menilai tahap kefahaman peserta. 
 
Teks: Marlina Zahari & Mohd Hafiz Ya’acob / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 27 Januari 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.