ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

LAWATAN KERJA TNC UMS BINCANG PERANCANGAN PENUBUHAN INSTITUT PENYELIDIKAN KLINIKAL


USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 November 2022 - Bagi melaksanakan misi menjadi institusi berinovatif ke arah kesejahteraan masyarakat, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadikan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai salah satu rakan perbincangan penyelidikan dan inovasi.

000ebfe3 5b7c 442b 86d2 eae86148e35b

Ketibaan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Profesor Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly dan Timbalan Dekan Pascasiswazah dan Penyelidikan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS, Profesor Madya Dr. Fatimah Ahmedy ke Kampus Kesihatan hari ini disambut oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin serta barisan pengurusan PPSP.

d2a0d685 961a 4d93 9683 1676a547fef7

7828b12a f5cd 48b9 bd6e c6e071d6b14b

Dalam sesi taklimat dan perbincangan yang berlangsung selama dua (2) jam, antara perkara yang dibincangkan adalah cadangan penubuhan institut penyelidikan perubatan, potensi kolaborasi dalam penyelidikan perubatan dan 'clinical trial' serta perkongsian 'best practice' untuk ranking dunia bagi subjek perubatan, klinikal dan kesihatan.

77dbb549 bcda 49fa 9c93 085855bfbe52

1d032132 bd03 4db5 9e42 8f0865d41627

Delegasi UMS turut dibawa melawat ke Makmal Kajian Klinikal Berpusat (CTU), Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL) di PPSP dan Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik Hospital USM bagi meninjau prasarana yang tersedia sebagai perancangan dalam melatih kemahiran pelajar serta aspek penjanaan kewangan melalui perkhidmatan yang ditawarkan.

3251b1b1 8250 41f8 9e40 a8e40fb8828e

Turut hadir ialah Dekan PPSP, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman; Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak; Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Latihan Ikhtisas, Profesor Dr. Irfan Mohamad; Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin; Timbalan Pengarah Operasi Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusoff; Timbalan Pengarah Klinikal Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria bersama pegawai-pegawai pentadbiran serta pengurusan PPSP dan Hospital USM.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 30 November 2022.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.