ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

PECIPTA' 2022 : EMPAT PASUKAN DARI KAMPUS KESIHATAN TERIMA ANUGERAH EMAS


USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 November 2022 - Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa Tahun 2022 atau 'International Conference and Exposition on Inventions by Institutions of Higher Learning' (PECIPTA’22) merupakan pameran pertandingan dwi-tahunan melibatkan kesemua universiti awam dan swasta di Malaysia anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

SAVE 20221105 181823

Universiti Sains Malaysia (USM) telah menghantar 20 penyertaan dalam pameran PECIPTA kali ini dan empat (4) pasukan dari Kampus Kesihatan USM telah menerima anugerah Emas. Dua anugerah diperolehi oleh Dr. Nur Karyatee Kassim menerusi projek 'Facial Mask With Electrical Stimulation (FaMES)' dari Pusat Pengajian Sains Pergigian dan Profesor Madya Dr. Ahmad Fahmi Lim Abdullah dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) bersama produk 'Smart Xylazine Sensor' yang menyertai pameran secara fizikal di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). 
 
SAVE 20221105 181831
 
Selain itu, dua (2) lagi kumpulan yang turut menerima anugerah Emas juga dari PPSK dan menyertai pertandingan secara maya ialah Dr. Mohammad Khairul Azhar Abdul Razab dengan produk, 'Anti-Radon Nanocomposite Brick' serta produk 'Nurul Module' hasil penyelidikan Profesor Madya Dr. Garry Kuan Pei Ern yang turut mendapat tempat ketiga 'My Tech Pitch'. 
 
SAVE 20221105 181838
 
PECIPTA'22 telah berlangsung pada 2 hingga 3 November lalu di Dewan Tuanku Canselor UMK dengan penyertaan sebanyak 459 kumpulan inovasi daripada pelbagai institusi yang dipertandingkan di dalam 10 kategori utama iaitu 'Energy' 'Business and Financial Services', 'Culture, Arts and Tourism',
'Medical and Healthcare',
'Smart Technology and Systems',
'Smart Cities and Transportation', 'Water and Food', 'Agriculture and Forestry', 'Education' dan 'Environment and Biodiversity'.
 
SAVE 20221105 181845
 
PECIPTA'22 diadakan bertujuan untuk meningkatkan rangkaian dan kerjasama dalam kalangan peserta, industri, agensi dan pihak berkepentingan untuk terus meneroka, menambah baik dan memastikan teknologi yang dibangunkan boleh dipindahkan kepada industri dan komuniti.
 
Program ini juga membantu meningkatkan budaya inovasi dalam kalangan penyelidik khususnya penyelidik USM selain membantu
mempromosikan produk inovasi yang diciptakan oleh mereka.
 
PECIPTA'22 yang bertemakan 'Innovation, Creativity, Technology, Entrepreneurship and Society' telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Canselor UMK, Profesor Dr. Razli Che Razak dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.
 
Teks: Dr. Nur Karyatee Kassim & Nik Sheila Erini Che Mat Kamel

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 30 November 2022.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.