ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

TOWN HALL: PERKEMBANGAN PROJEK HIS@USM


USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 November 2022 – Sesi pendengaran awam (town hall) perkembangan semasa projek ‘Sistem Maklumat Hospital’ atau Hospital Information System (HIS) diadakan hari ini untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada staf Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai sistem baharu bagi menyelaras maklumat-maklumat pesakit dikenali sebagai HIS@USM.

SAVE 20221109 204643
 
Program yang berlangsung di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM itu bertujuan untuk memberi maklumat terkini berhubung pembangunan HIS@USM yang lebih komprehensif dan bersepadu berbanding sistem sedia ada.
 
SAVE 20221109 204629
 
Pembangunan HIS@USM juga selaras dengan visi Hospital USM iaitu mentranformasi penjagaan kesihatan untuk kelestarian hari esok. Sistem ini akan menyimpan semua maklumat pesakit dalam bentuk digital yang lebih efisien berbanding kaedah manual sebelum ini memerlukan ruang yang banyak untuk menyimpan rekod pesakit.
 
SAVE 20221109 204636
 
Hospital USM juga memperuntukkan bajet yang besar untuk membeli sistem ini seiring dengan kecanggihan teknologi terkini agar ia mudah diakses oleh semua staf yang terlibat dengan perawatan pesakit dengan kaedah yang lebih mudah, cepat dan cekap.
 
SAVE 20221109 204652
 
Terdapat sembilan (9) modul utama yang penting dalam perawatan pesakit yang terdapat dalam HIS@USM dan diharap sistem ini berjalan dengan baik serta berjaya membantu mengurangkan beban petugas kesihatan selain melancarkan proses kerja mereka.
 
HIS@USM adalah Sistem enterprise yang akan menjadi asas dalam memastikan keselamatan persekitaran Penjagaan Pesakit dan memastikan Pesakit dan petugas kesihatan dapat mengelakkan kejadian buruk (adverse event) yang akan membahayakan Pesakit dan petugas kesihatan Hospital USM dengan memastikan Maklumat yang tepat diperolehi petugas kesihatan yang tepat pada masa yang tepat dan membolehkan rawatan tepat diberikan kepada pesakit Hospital USM.
 SAVE 20221109 204704
 
Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Pengarah Operasi Hospital USM,
Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah Klinikal, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria; Penyelaras Sistem Pengurusan Hospital USM, Dr. Ariffin Marzuki Mokhtar dan Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Penyakit Dalam merangkap Pengurus Projek HIS@USM, Profesor Madya Dr. Azlan Husin.
 
 
Teks : Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Muhd Zulkifli Zakaria

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 30 November 2022.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.