ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

PROGRAM KRIS DIDIK KOMUNITI BERKENAAN KANSER PANGKAL RAHIM


USM KUBANG KERIAN, KELANTAN 10 November 2022 – Kanser Pangkal Rahim (serviks) merupakan kanser kedua tertinggi di Malaysia iaitu 7.6 per 100,000 populasi wanita berumur seawal 15 tahun hingga 44 tahun yang dijangkiti virus ‘Human Papilloma’.

Menyedari bahaya penyakit tersebut, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi suntikan dana Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menganjurkan 'Seminar Kesedaran Tentang Penyakit Kanser Pangkal Rahim dan Ujian Pengesanan Awal dalam Kalangan Guru'.
 
SAVE 20221111 135354
 
Timbalan Pengarah Klinikal, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) merangkap Pengerusi KRIS, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria berkata, kadar kematian dalam kalangan pesakit kanser pangkal rahim juga masih tinggi iaitu melibatkan hampir satu pertiga (29 peratus) dari jumlah wanita yang menghidap penyakit ini.
 
"Dianggarkan, 10 peratus (%) daripada populasi wanita yang dijangkiti dengan virus ‘human papilloma’ berisiko tinggi dan 89% daripadanya berakhir dengan kanser pangkal rahim.
 
SAVE 20221111 135430
 
“Walaupun terdapat vaksin bagi mencegah jangkitan virus ini, namun ia masih tidak dapat melindungi daripada kanser pangkal rahim sepenuhnya kerana vaksin yang sedia ada tidak meliputi semua jenis jangkitan virus HPV berisiko tinggi," katanya ketika merasmikan seminar tersebut, hari ini. 
 
Menurut Zaidi, pencegahan sekunder seperti pengesanan awal dan rawatan lesi pre-kanser dapat mengurangkan insiden kanser pangkal rahim serta turut mengurangkan kadar kematian yang berkaitan dengannya.
 
SAVE 20221111 135416
 
"Kempen kesedaran pengesanan awal penyakit ini perlu disasarkan kepada golongan pendidik yang mana boleh menjadi perantara penyampaian pengetahuan yang berterusan kepada masyarakat awam. 
 
"Maklumat daripada kempen kesedaran amat penting sebagai langkah pencegahan serta menggalakkan gaya hidup yang sihat dalam kalangan guru, pelajar, dan seterusnya masyarakat sejagat.
 SAVE 20221111 135409
 
"Di atas kesedaran itu, seminar ini diadakan bertujuan untuk memperkasa pengetahuan guru terhadap kesedaran berkenaan penyakit kanser pangkal rahim," jelasnya lagi.
 
Zaidi turut berharap agar penganjuran seminar ini dapat menambah pengetahuan para peserta selain memanfaatkan ilmu yang diperoleh dengan berkongsi bersama orang lain terutamanya para pelajar dan masyarakat agar mendapat kesedaran akan kepentingan pengesanan awal penyakit kanser pangkal rahim.
 
 SAVE 20221111 135401
 
Seminar tersebut telah berlangsung di Dewan Peperiksaan, Kompleks Pentadbiran, Kampus Kesihatan USM secara bersemuka untuk peserta dari sekolah dalam daerah Kota Bharu selain turut ditayangkan melalui pautan ‘Youtube’ Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan bagi penyertaan peserta dari luar Kelantan. 
 
SAVE 20221111 135422
 
Turut hadir dalam seminar tersebut ialah Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Komuniti-Industri PPSG, Profesor Madya Dr. Suharni Mohamed, Pengarah Program, Dr. Norzaliana Zawawi, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan JPN, Che Hanuni Che Ali dan Ketua Unit Hal Ehwal Murid YIK, Ustaz Harun Ismail.
 
Teks : Marlina Zahari / Foto : Abdul Hasib Abdul Rahman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 30 November 2022.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.