SEMPENA HARI DERMA DARAH SEDUNIA: PENDERMA DARAH WIRA TAK DIDENDANG


IMG 2895
KUBANG KERIAN 14 JUN - 14 Jun setiap tahun diisytiharkan sebagai World Blood Donors Day oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk menggalakkan masyarakat menderma darah untuk menyelamatkan orang lain. Tahun ini temanya ialah Darah Menghubungkan Kita Semua atau "Blood connects us all" untuk menekankan bagaimana perkongsian darah di antara manusia dan pesakit.
 
Menurut Ketua Jabatan Hematologi/Perubatan Transfusi Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor  Dr. Wan Zaidah Abdullah, sambutan hari penderma darah sedunia disambut bagi menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan menderma darah.
 
"Kempen menggalakkan rakyat yang layak menderma darah ini perlu digandakan apatah lagi Pusat Darah Negara dan tabung darah di hospital di seluruh negara sering berdepan dengan stok darah yang kritikal untuk digunakan oleh mereka yang memerlukan pemindahan darah. 
 
"Oleh itu, masyarakat perlu disedarkan bahawa menderma darah adalah satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai sumbangannya" katanya lagi.
 
Menurut Dr Wan Haslindawani Wan Mahmood, Pensyarah Hematologi USM Kampus Kesihatan, darah adalah cecair berwarna merah mengalir di dalam tubuh manusia dan binatang.  
 
Ia mempunyai kuasa’ menggerakkan aktiviti badan seperti petrol menghidupkan mesin.Setakat ini belum ada unsur lain dapat menggantikan fungsi darah.  Dipercayai tidak akan ada ciptaan manusia dapat menggantikannya. 
 
Bahkan katanya lagi, darah manusia tidak boleh dimasukkan ke dalam badan orang lain jika tidak mengikut jenisnya.Manusia mempunyai empat kumpulan darah iaitu O, A, B dan AB. 
 
Kumpulan darah O boleh menerima darah dari kumpulan darah O sahaja.  Bagaimanapun darah itu boleh didermakan kepada semua penerima.  Kumpulan darah AB hanya boleh didermakan kepada individu kumpulan darah yang sama, tetapi boleh menerima semua kumpulan darah. "Begitulah uniknya darah, ujarnya".
 
Wan Haslindawati menjelaskan, di dalam badan manusia mengandungi sembilan hingga 10 pain darah.Individu yang mengalami kekurangan darah melebihi tiga pain akan menghadapi masalah perjalanan fungsi organ badan yang boleh membawa maut. Satu-satunya cara menyelamatkan mangsa melalui proses pemindahan darah. 
 
"Justeru itu, amatlah penting bagi setiap anggota masyarakat  memahami kepentingan untuk menderma darah kerana setiap darah yang didermakan mampu menyelamatkan nyawa, katanya".
 
Untuk rekod, jumlah penderma darah di Hospital USM pada tahun 2015 ialah seramai 12 979 orang manakala penggunaan darah pula ialah 12 885 pain.
 
Teks : Mohamad Iqmal Mathlan
Foto : Mohd Hairol Rasli

doctor di radio

infomedic usmkk

 

icon hebahanemail

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 17 Mei 2021.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.