ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

10 KANAK-KANAK DIBANTU BEDAH JANTUNG


USM KUBANG KERIAN, 12 Oktober 2017 - Bayi berusia tujuh hari antara 10 kanak-kanak yang telah berjaya menjalani pembedahan jantung kongenital oleh pakar bedah dari United Kingdom (UK) di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian, baru-baru ini.

Pada pembedahan kali ini, Tabung Kebajikan Ronald Mcdonald tampil menyumbangkan bantuan kewangan kepada pesakit  berjumlah RM 14250.00 bagi membiayai kos pembedahan tersebut.

derma

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Sukari Halim berkata, orang ramai terutama syarikat swasta dan badan korporat diseru untuk turut menyumbang dana kepada Tabung 'Hole In The Heart' bagi membantu pesakit-pesakit jantung yang memerlukan.

Pada masa ini, Hospital USM bekerjasama dengan Yayasan 'Healing Little Hearts' United Kingdom (HLHs) menjalankan pembedahan ke atas pesakit dibantu oleh Pakar Kardiotorasik Pediatrik, Pakar Pediatrik Kardiologi, Intensives, Jururawat serta Perfusionis yang bergerak secara sukarela dengan mendapat bantuan kewangan melalui sumbangan orang ramai," ujar Sukari lagi.

"Kutipan tabung ini akan digunakan untuk membantu golongan pesakit-pesakit jantung yang tidak berkemampuan dalam membiayai kos sepanjang rawatan kerana sekiranya tidak dibantu akan melewatkan proses rawatan awal yang bakal mengundang kemudaratan kepada pesakit," katanya.

derma2

Yang turut hadir semasa majlis ringkas penyerahan cek sumbangan ini  ialah Pengarah Urusan Tabung Kebajikan Ronald Mcdonald, Azmi Yusof, Pakar Pediatrik merangkap Ketua Projek 'Hole in The Heart & Healing Little Hearts, Dr. Mohd Rizal Mohd Zain, Penasihat Undang-Undang Universiti,  Dr Khairul Anuar Che Azmi, Pensyarah Perubatan, Profesor Dr Wan Hazabbah Wan Hitam dan Timbalan Pengarah Klinikal Hospital USM, Dr Nik Min Ahmad.

Sementara itu, bapa pesakit, Mohd Fairoz Razali, 34, berkata kerjasama itu membantu anak tunggalnya, Nur Qurratun Ain, 4, yang mengalami kebocoran injap jantung sejak lahir. Beliau bersyukur anaknya dipilih melakukan pembedahan segera kerana dia hanya bekerja sebagai penoreh getah.

"Bukan saja berpeluang menjalani pembedahan jantung lebih cepat, malah dibantu pula dengan kos ubatan yang mencecah ribuan ringgit. "Saya sangat bersyukur, berterima kasih dan berharap lebih ramai yang menderma kepada tabung ini bagi menyelamatkan lebih banyak nyawa," katanya.

Teks : Mohamad Iqmal Mathlan / Foto : Mohd Zulkifli Zakaria

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 22 Mac 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.