ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

TANGANI STRES SEBELUM IA MEREBAK


USM KUBANG KERIAN, 12 Oktober 2017 – Stres atau keadaan resah, cemas dan tegang akibat tekanan mental tidak asing lagi bagi masyarakat kita terutama dalam kalangan orang yang bekerja.

Ini dinyatakan oleh Pensyarah dan Pakar Psikiatri Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Nor Asyikin Fadzil dalam ceramahnya sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2017, Peringkat Kampus Kesihatan USM di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM di sini, hari ini.

1.mental

Menurut beliau, antara sebab terjadinya stres di tempat kerja adalah persekitaran kerja kerana ia juga memainkan peranan penting dalam mutu perkhidmatan dan hasil kerja seseorang itu.

“Ada beberapa perkara yang tidak boleh dipandang ringan bagi individu bekerjaya antaranya bodek-membodek, buli, tiada diskriminasi dan gangguan seksual kerana perkara seperti ini turut mendorong kepada stres dan mengakibatkan produktiviti kerja menurun.

“Pihak pengurusan juga perlu mempunyai kemahiran mengurus iaitu sebagai ‘Good Leader’ dengan melaksanakan kerja bersama-sama mengikut keadaan dan bukan hanya pandai mengarah kerana perkara ini turut mendorong stres kepada pihak atasan dan bawahan,” katanya.  

1mental2

Tambah Nor Asyikin, salah satu kaedah dalam pengurusan stres ialah dengan melaksanakan kaedah 10B iaitu bertenang, bernafas dengan dalam, berkata, beribadat, bercakap dengan seseorang, berurut, berehat dan mendengar muzik, beribadah, bersenam dan berfikiran positif.

"Bagi menangani stres, terdapat beberapa tips iaitu merancang aktiviti harian, membangunkan suasana kerja yang menyenangkan serta memahami tugas dan tanggungjawab.

"Selain itu, berehat untuk beberapa minit selama anda bekerja, bersikap toleransi dengan rakan sekerja, membahagikan sebahagian tanggungjawab kepada anak buah anda, mempertahankan semangat berpasukan dan menyediakan lingkungan kerja yang baik juga antara tips untuk menangani stres," ujarnya lagi.

Teks/Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 22 Mac 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.