ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

'HINDRANCE RUN' SEMPENA HARI SUKAN NEGARA BANTU KUMPUL DANA


race5

USM, KUBANG KERIAN KELANTAN, 14 Oktober 2017 - 'Hindrance Run'adalah larian berhalangan yang perlu ditempuhi oleh peserta di setiap 'checkpoint' yang disediakan. 'Hindrance Run' yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Persatuan Sains Kesihatan diadakan pada hari ini sempena sambutan Hari Sukan Negara bertujuan memupuk semangat kesukanan dalam diri masyarakat di samping beramal.

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr Ahmad Sukari Halim berkata, program amal pada masa kini bukan lagi satu perkara asing dalam kalangan masyarakat Malaysia walaupun dengan kepelbagaian cara pelaksanaan, ianya masih mengekalkan matlamat yang sama iaitu membantu golongan  memerlukan.

race4

"Melalui program 'Hindrance Run' ini, peserta bukan sahaja menyumbang dana, malah turut bersukan dan secara tidak langsung mewujudkan satu komuniti yang mengamalkan gaya hidup sihat.

"Seperti yang kita ketahui, bersukan menyumbang kepada gaya hidup yang aktif. Signifikan melibatkan diri dengan program seperti ini adalah dapat memberikan motivasi kepada rakyat Malaysia untuk bersenam dengan lebih kerap dan menjauhkan diri daripada mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif," katanya semasa merasmikan Majlis Penutup Program Larian Amal 'Hindance Run 2017' yang berlangsung di Kompleks Sukan Dua, Kampus Kesihatan USM, di sini.

race1

Menurut Sukari, pada tahun ini, BHEPA dan Persatuan Sains Kesihatan memilih Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa' Siti Aminah (RAYSA) sebagai penerima sumbangan dan diharapkan agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban RAYSA dalam pengurusan kebajikan penghuninya.

"Anak-anak yatim juga seperti anak-anak kita dan mereka adalah golongan yang mendapat perhatian Allah SWT, golongan istimewa dengan kepelbagaian latar belakang dan personaliti tersendiri.

race2

"Kita sewajarnya membantu apa yang terdaya sama ada dari segi keperluan asas, pembiayaan pengajian, motivasi pendidikan dan lain-lain lagi kerana sekecil-kecil bantuan itu mampu membuatkan mereka tersenyum gembira," ujarnya lagi.

Besarlah harapan Sukari agar program amal seperti itu diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja mengejar kemajuan dalam bidang intelektual, namun pada masa yang sama turut mengumpul saham amal untuk akhirat kelak.

race3

Kira-kira 500 peserta terdiri dari kalangan warga Kampus Kesihatan USM dan masyarakat setempat mengambil bahagian dalam tiga acara utama yang diadakan sempena Hari Sukan Negara ini iaitu 'Hindrance Run', senamrobik dan 'Fun Day Frisbee'.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Dekan Pelajar dan Jaringan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr Dinsuhaimi Sidek, Timbalan Dekan Siswazah, Jaringan Industri, Masyarakat dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Madya Dr Lim Boon Huat dan wakil RAYSA, Khairul Asyraf Abu Bakar.

race

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Mohd Amin Syafiq Sakri

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 22 Mac 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.