ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

RAWAT SEGERA LUKA LECURAN


JERTIH, 2 NOVEMBER 2017 - Kita semua pasti mempunyai pengalaman terkena api atau percikan minyak panas ketika mengendalikan alatan berkaitan penggunaan api.

Kebiasaan yang sering dilakukan oleh orang ramai apabila melecur, mereka akan menggunakan petua-petua tradisional untuk mengurangkan kesan lecur.

lecur1

Pegawai Perubatan Unit Kebakaran, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Seow Sul Na berkata, ramai orang pernah mengalami kebakaran peringkat pertama dan kedua yang kebiasaannya akibat kemalangan di dapur sama ada terkena percikan minyak, air panas atau terkena api.

Malangnya, beliau berkata, hanya sebilangan kecil membuat rawatan yang betul untuk merawat kulit melecur.

“Kebiasaannya, untuk mengubati bahagian melecur orang ramai menggunakan petua tradisional yang tidak berkesan seperti menyapu mentega, ubat gigi atau sos kacang soya, walaupun ramai mempercayai bahawa kaedah ini dapat membantu menyembuhkan luka dan melegakan kesakitan, tetapi bahan-bahan tersebut bukan sahaja tidak berkesan malah mungkin akan memburukkan lagi keadaan," katanya.

lecur3

Menurut Seow Na, walaupun melecur merupakan perkara yang lumrah, ramai dalam kalangan kita masih tidak menyedari terdapat beberapa peringkat melecur yang berbeza.

“Sebagai contoh melecur peringkat pertama ialah kecederaan pada bahagian kulit luar sahaja, ianya melibatkan bahagian epidermis dan terasa sakit, serta menyebabkan kemerahan pada kulit.

“Melecur peringkat kedua pula ialah kecederaan sampai ke tisu dan otot-otot lapisan atas kulit musnah. Kulit kelihatan kemerahan dan menggelembung dan terasa sangat sakit, manakala melecur peringkat ketiga pula mengakibatkan kerosakan pada semua atau pelbagai lapisan kulit, meninggalkan kesan kulit lecur yang hangus dan peringkat ini adalah serius serta memerlukan bantuan daripada pakar perubatan," katanya.

Tambah Seow Na, bagi kes melecur, kulit akan segera melepuh dan jika tidak dirawat dengan sempurna akan meninggalkan kesan parut.

Seow Na turut menegaskan agar mereka yang terkena lecuran akibat daripada percikan api atau minyak panas, pencegahan awal meletakkan bahagian yang melecur dengan cara menyiram air bersih mampu mengurangkan kesakitan.

Beliau berkongsi informasi tersebut dengan pelajar Sekolah Menegah Pelagat Jertih sempena Hari Kesihatan Peringkat Sekolah. 

lecur2

Seow Na juga mengingatkan semua pelajar agar sentiasa berwaspada ketika mengendalikan alatan berkaitan api yang boleh menyebabkan kebakaran atau kecederaan untuk mengelakkan sesuatu yang buruk boleh terjadi.

Teks/Foto : Abd Aziz Latif

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 22 Mac 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.