ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

PENGARAH KAMPUS KESIHATAN TERIMA PENGANUGERAHAN SEMPENA KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN


KUBANG KERIAN, 16 November 2017 - Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim telah menerima Anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato' Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) bersempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-48 di Istana Balai Besar pada 11 November yang lalu.

prof dato dr ahmad sukari halim

Sukari anak kelahiran Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman memulakan perkhidmatan sebagai Pensyarah Pelatih di Hospital USM pada tahun 1991.

Selama 26 tahun berkhidmat di USM, beliau yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah Kampus dan Pengarah Hospital USM telah menerima pelbagai anugerah dalam bidang akademik mahupun kesukarelawanan.

Sebagai seorang pakar bedah plastik, beliau merupakan ahli beberapa pertubuhan antarabangsa seperti Asia Pacific Association Of Surgical Tissue Banks (APASTB), World Society Of Reconstructive Microsurgery (WSRM), International Society Of Burns Injuries (ISBI) di samping turut terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan ke Baghdad, Haiti serta MERCY-USM Medical Mission (The Cleft Lip Programme Clipp) di Bangladesh.

Pakar Bedah Kardiotorasik, Jabatan Surgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr Mohamad Ziyadi Ghazali turut menerima Anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato' Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) pada majlis yang sama.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 22 Mac 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.