ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLING ERATKAN HUBUNGAN USM, UMK DAN KPTM


KUBANG KERIAN, 20 November 2017 – Satu perlawanan persahabatan Tenpin Boling di antara Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan telah berlangsung di KB Land Bowl Alley, baru-baru ini.

Setiap pasukan diwakili oleh 12 orang pemain daripada setiap institusi telah menamatkan tiga permainan yang bermula pada jam 2 petang.

bowling

USM mempertahankan kemenangan yang lepas dengan jatuhan pin sebanyak 4,555 diikuti oleh UMK dengan 4,121 jatuhan pin. KPTM turut memberikan saingan hebat walaupun ini merupakan penyertaan pertama mereka dalam perlawanan tersebut.

Juara Individu lelaki dimenangi oleh Mohd Hafriez Aiman daripada UMK dengan jatuhan pin sebanyak 493 dan Individu Wanita pula disandang oleh Noor Hayati Mohamed, daripada USM dengan 426 jatuhan pin.

Sebagai penganjur, USM berharap agar perlawanan sebegini dapat menjalinkan ukhuwah yang erat antara ketiga-tiga institusi selain melahirkan pelapis pasukan boling USM bagi acara sukan tahunan seperti Kejohanan Sukan Antara Staf Universiti Malaysia (SUKUM), Majlis Sukan Dan Kebajikan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK).

bowling2

Turut menyertai perlawanan tersebut ialah Timbalan Pendaftar, Mohd Hafiz Assad Zakaria dan Norhayati Mohamed daripada USM Kampus Induk, Ketua Pusat Teknologi Maklumat UMK, Mansor Che Din, dan, Penolong Pengarah Kanan Unit Perolehan dan Kontrak, KPTM Cawangan Kota Bharu, Mohd Zaki Ibrahim.

Teks: Che Suhailah A. Rahman / Foto: Ihsan Kelab Tenpin Boling USMKK

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 22 Mac 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.