ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

BCN TAMPIL KEINDAHAN DAN KEUNIKAN TRADISI MASYARAKAT BORNEO


142d4315 8582 4392 886a 4e11bd177155

USM KUBANG KERIAN, 8 Disember 2017 - Borneo Cultural Night (BCN) 2017 merupakan salah satu aktiviti tahunan mahasiswa Borneo Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di bawah anjuran Sekretariat Bayu Kenyalang. 

Bertemakan "Warrior: Valiant, Sacrifice" BCN diadakan bertujuan untuk memperkenalkan budaya dan kehidupan etnik serta kaum yang tinggal di kepulauan Borneo kepada warga USM serta masyarakat sekitar. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim berkata, program ini adalah kesempatan yang baik kepada mahasiswa bagi menerapkan kefahaman tentang kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia apabila bersama-sama dalam melaksanakan suatu program.

"Peluang ini perlu dimanfaatkan untuk mengenali persamaan dan perbezaan budaya yang ada kerana USM sememangnya amat mementingkan pembangunan sahsiah pelajar.

"Aktiviti-aktiviti seperti ini dilihat mampu meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa kerana pada era globalisasi yang penuh  dengan cabaran ini, ilmu daripada buku akademik tidak semestinya boleh menjamin kejayaan tanpa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan," ujar beliau.

dad3c77e e3cf 4deb b54e 254d938936f4

BCN kali ni menampilkan kepelbagaian persembahan pentas seperti sketsa, tarian tradisional, kontemporari, moden serta nyanyian lagu tradisional dan moden

Antara tarian yang dipersembahkan adalah Tarian Ngajat, Tarian Melanau Alu-alu dan tarian dari suku kaum Orang Ulu iaitu Dak Oh dari negeri Sarawak manakala tarian daripada Sabah pula Manggalang Mogunatip suku kaum Murut dan Limbai Sabah suku kaum Bajau. 

1aff9714 748c 454d 9b19 824f92cb875c

Lebih 500 orang penonton memenuhi Dewan Utama dan kemeriahan BCN kali ini turut dirasai oleh mahasiswa daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNisza) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). 
Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (Siswazah dan Latihan Ikthisas), Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman, Timbalan Pendaftar Kanan Kampus Kesihatan, Hj. Yusoff Abdullah dan Penolong Pendaftar Unit Pembangunan Pelajar, Kebudayaan & Keusahawanan merangkap Penasihat Sekretariat Bayu Kenyalang, Khairul Syahmi Brahim.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Mohd Amin Syafiq Sakri

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 22 Mac 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.