ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

MALAM ADIKARMA TONJOL KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA


adikarma1

USM KUBANG KERIAN, 15 Disember 2017 – Penubuhan ADIKARMA di Universiti Sains Malaysia (USM) lebih menumpukan kepada bidang tarian yang mana melibatkan kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia.

Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian USM, Profesor Dr. Adam Husein yang mewakili Pengarah Kampus Kesihatan USM berkata, pelajar yang terlibat dalam program ini bukan sahaja mengenali budaya sendiri dengan lebih mendalam malah menerokai kebudayaan yang baharu.

adikarma2

“Penglibatan aktif semua golongan dalam aktiviti seni dan kebudayaan juga menyumbang ke arah pembangunan individu secara total, mengeratkan perpaduan negara serta mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

“Kita juga mempunyai pelajar antarabangsa dari pelbagai negara dan dari situ kita dapat tonjolkan budaya serta keunikan yang berbilang kaum di negara kita malah saling hormat-menghormati di antara satu sama lain,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Malam Adikarma 2.0 Ekspresionisme, di Dewan Utama, di sini.

adikarma3

Tambah Adam, usaha yang berterusan untuk membangunkan nilai budaya yang positif dan mewujudkan satu bangsa Malaysia adalah penting untuk mengekalkan perpaduan negara dan keharmonian dalam mencapai matlamat pembangunan terutamanya dalam suasana kepelbagaian etnik di Malaysia.

“Aktiviti seumpama ini juga menjadi satu bentuk senaman dan latihan anggota badan agar lebih cergas misalnya pergerakan yang berirama merupakan medium ekspresi individu melalui gerak-geri berirama yang membawa kecergasan fizikal,” katanya lagi.

adikarma

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud, Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Mirawaty Mat Ghani.

Teks : Muhd Zulkifli Zakaria Foto  : Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 22 Mac 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.