ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

610 STAF USM KAMPUS KESIHATAN TERIMA ANUGERAH KHIDMAT SANJUNGAN BUDI DAN PENGIKTIRAFAN UNIVERSITI


25ta

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 Februari 2018 – Seramai 610 orang staf Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan menerima Anugerah Khidmat Sanjungan Budi dan Anugerah Pengiktirafan Universiti dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Utama, hari ini.

25t 1

Daripada jumlah itu, seramai 39 orang staf yang setia berkhidmat bersama USM selama 25 tahun sehingga kini menerima Anugerah Sanjungan Budi dan seramai 571 orang staf pula menerima Anugerah Pengiktirafan Universiti, iaitu mereka yang telah berjaya dalam proses kemajuan kerjaya atau kenaikan pangkat tahun 2016 dan 2017 dalam pelbagai gred jawatan. 

25th

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Asma Ismail berkata, majlis tersebut merupakan satu usaha inovasi pentadbiran yang mula dilaksanakan pada tahun lalu dalam mengiktiraf pencapaian dan menghargai khidmat bakti staf yang bersusah payah membantu pencapaian kecemerlangan universiti.

 “Jika dilihat dari perspektif yang lebih tinggi, usaha murni ini juga merupakan salah satu langkah bagi menjayakan agenda Lonjakan ke-2, Talent Excellence atau Kecemerlangan Bakat dalam Malaysian Education Blueprint 2015-2025 (Higher Education) dan secara tidak langsung, usaha ini sejajar dengan inisiatif yang dirangka dalam Pelan Strategik USM 2018 hingga 2020.

“Dalam usia USM menghampiri separuh abad, USM berjaya berada dalam kelompok satu peratus (1%) Universiti Terbaik di dunia dalam QS World University Ranking 2017 dari sejumlah 26,000 universiti di seluruh dunia selain tersenarai dalam ranking ‘Top 50 under 50 years’ dengan menduduki tempat ke-23 di persada antarabangsa,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

25tn

Tambah Asma, terdapat banyak lagi pencapaian lain yang membanggakan diperoleh USM dalam tahun 2017 dan pencapaian tersebut tidak mungkin dicapai tanpa usaha dan sokongan padu serta kerjasama yang dihulurkan oleh semua pihak yang memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan kecemerlangan Universiti.

“Universiti tidak akan berjaya tanpa adanya pekerja yang hebat kerana pekerja yang hebat akan menyukai kerja yang dilakukannya dan akan melakukan kerjanya dengan bersungguh-sungguh sebagaimana yang dianjurkan dalam ajaran Islam. 

25t 2

“Justeru itu, marilah kita bersama-sama berusaha dan terus berusaha untuk memacu kecemerlangan dan menjadikan USM antara  institusi pendidikan tinggi yang terbaik di peringkat serantau dan global sekaligus menjadi universiti yang relevan, dirujuk dan dihormati,” ujarnya lagi.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 22 Mac 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.