ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

NATIONAL HEALTH CAMP PUPUK NILAI KEMANUSIAAN


nhc

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 Februari 2018 -  Hampir 30 orang peserta daripada Jabatan Otorinolaringologi (ORL), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan kepada penduduk di Pulau Teluk Renjuna, Tumpat Kelantan baru-baru ini.  

Pulau Teluk Renjuna merupakan salah satu pulau dari gugusan 33 buah pulau yang terletak di muara Sungai Kelantan. Pulau ini dipisahkan dari tanah daratan sejauh 200 meter dengan jumlah penduduk seramai 2,000 orang terdiri daripada 200 buah keluarga yang agak tersisih daripada pembangunan dan penempatan yang tersusun.

nhc 1

Menurut Abdul Razak Falek Shahatha, 21, program ini memberi pengalaman baru serta sukar dilupakan olehnya dan empat pelajar antarabangsa lain yang turut menyertai misi ini.

“Saya sangat teruja dan amat gembira dapat menyertai program khidmat masyarakat ini kerana berpeluang membantu penduduk kampung yang memerlukan perkhidmatan kesihatan,” ujarnya.

Remaja yang berasal dari Iraq itu mengakui penyertaannya dalam program tersebut membolehkan dia mempelajari cara hidup masyarakat di pulau kecil yang kebanyakannya jauh ketinggalan dan pengalaman menaiki bot untuk ke satu-satu destinasi amat mengujakan.

Sementara itu, Menurut Pensyarah Klinikal ORL, PPSP USM merangkap pengarah projek, Profesor Madya Dr Ramiza Ramza Ramli, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan menggalakkan penglibatan pakar ORL-HNS dan calon Sarjana Perubatan MMed ORL-HNS melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan di samping mendapatkan maklumat penjagaan kesihatan masyarakat, seterusnya menyumbang kepada peningkatan status kesihatan penduduk setempat.

nhc 2

“Pihak kami akan sentiasa mencurahkan bakti kepada masyarakat terutama kepada mereka yang terpinggir dari arus kemodenan.
“Selain itu, aktiviti seumpama ini juga sangat bermanfaat kepada pelajar khususnya pelajar antarabangsa USM untuk mereka mengenali suasana dan budaya masyarakat di negara kita”, jelasnya.

Teks : Mohamad Iqmal Mathlan / Foto : Mohd Asrar Mohd Rokeman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 22 Mac 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.