ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

HARI KELUARGA PPSK PROMOSI BIDANG KESUKANAN


sukan

USM, Kubang Kerian, 23 Februari 2018 - Hari Keluarga dan Karnival Sukan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) yang berlangsung bermula 14 Februari lepas berakhir dengan jayanya hari ini.  Karnival yang dianjurkan ini bukan sahaja bertujuan untuk mempromosi bidang kesukanan ianya juga untuk melatih semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar.

Menurut Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim, bakat kepimpinan ini terserlah apabila penganjuran karnival sukan kali ini diuruskan sepenuhnya oleh pelajar tahun satu PPSK.

sukan6

"Di sini kita dapat lihat semangat kepimpinan yang diterapkan kepada para pelajar serta nilai kerjasama di antara pelajar dan kakitangan", katanya.

Tambah Ahmad Sukari, melalui penganjuran program seumpama ini dapat memberi peluang kepada semua peserta untuk mengenali dengan lebih dekat lagi antara satu sama lain selain turut sama mencungkil bakat bakat baharu dalam bidang sukan yang mampu diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

sukan1

Menurut beliau, apa yang lebih penting melalui penganjuran sukan ini, dapat memupuk nilai-nilai positif seterusnya membentuk insan berkualiti.

"Kemenangan yang diraih merupakan satu bonus, namun apa yang lebih penting adalah nilai kesepakatan dan kebersamaan yang ditonjolkan oleh semua pihak", ujarnya.

sukan2

Program yang berlangsung selama dua minggu ini turut menampilkan acara sukan seperti bola sepak, bola tampar dan frisbee selain acara sukan rakyat seperti dodgeball, galah panjang dan tarik tali.

Turut hadir Timbalan Dekan Akademik Pelajar dan Alumni PPSK, Profesor Dr Wan Rosli Wan Ishak, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi PPSK, Profesor Madya Dr Rapeah Suppian, Pengarah Projek Karnival Sukan dan Hari Keluarga PPSK, Amir Arifudeen Mohd Fadzir serta Pengerusi-Pengerusi Program.

sukan3

sukan5

Teks: Mohd Hafiz Yaacob / Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 22 Mac 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.