ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

KAYUHAN SANTAI PROMOSIKAN KPTN 2018


99e487b8 b4de 4b3b 830b b7b715f0c7fa

USM KUBANG KERIAN,  2 Mac 2018  – Seramai 30 orang peserta daripada Kelab Basikal Lasak Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan telah menyertai aktiviti kayuhan santai bagi menghangatkan lagi promosi Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018 yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan II, USM Kampus Kesihatan pada 10 dan 11 Mac ini.

7d5448eb dcf3 4cf9 b136 dee73a85db0b

Sesi 'flag-off' kayuhan santai  KPTN 2018 ini telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pendaftar, Jabatan Pendaftar, Khairul Eruwan Abd Halim.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Promosi KPTN 2018, Wan Azahar Wan Ahmad berkata, acara berkenaan diadakan bagi mewar-warkan kepada masyarakat tentang KPTN 2018.

"Sepanjang aktiviti ini berlangsung, peserta kayuhan singgah di pasar-pasar tani sepanjang laluan dan mengedarkan poster berkaitan maklumat KPTN 2018 kepada orang ramai serta menjelaskan objektif penganjuran program tersebut.

66b148e3 6265 4241 b134 0d314eb60855

"Selain itu, acara ini diharap dapat menjadi ‘signal’ kepada pihak pengurusan universiti bahawa pembudayaan bersukan oleh warga staf dalam menyokong agenda #USMFIT melalui pelbagai aktiviti sukan seperti berbasikal tidak kira ‘on-road’ mahupun ‘off-road'," ujarnya.

Aktiviti kayuhan santai pada kali ini memerlukan peserta berkayuh sejauh 40 kilometer yang diketuai oleh Zainal Ariff melibatkan laluan Kota Jembal, Binjai, Pasir Tumboh, Tiong, RTC Tunjong dan Pasir Hor sebelum berkumpul semula di tempat permulaan.

Teks : Mohamad Iqmal Mathlan Foto : Mohd Asrar Mohd Rokeman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 22 Mac 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.