ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

SYARAHAN UMUM: TIGA PROFESOR SERLAH KEPAKARAN BERBEZA


3680cc52 0c26 40f5 8baa 21bc56161017

USM KUBANG KERIAN, 4 Mac 2018 - Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini mengadakan Syarahan Umum Pelantikan Profesor  melalui penampilan tiga orang profesor iaitu Profesor Dr Baharuddin Abdullah, Profesor Dr Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman dan Profesor Dr Mohd Khairi Md Daud.

Pengerusi Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor pada kali ini yang juga Dekan PPSP, Profesor Dr Shaiful Bahari Ismail dalam ucapannya berkata, pelantikan ini memberi makna yang amat besar kepada warga PPSP khususnya dan USM amnya kerana ketiga-tiga profesor ini telah mengharumkan nama universiti dalam bidang penyelidikan dan penulisan jurnal berimpak tinggi.

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli keluarga ketiga-tiga profesor kerana memahami tugas mereka yang bukan sahaja merawat pesakit tetapi mendidik pelapis-pelapis dalam bidang kepakaran masing-masing selain turut terlibat dalam pelbagai program komuniti di luar mahupun dalam negara.

3prof

“Saya percaya masa mereka bersama keluarga amatlah terhad, namun mereka tidak pernah mengeluh dalam memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Pembuka tirai syarahan umum pada kali ini didahului oleh Profesor Dr Baharuddin Abdullah yang menyampaikan syarahan bertajuk ‘Dunia Perubatan Oto - Rino - Larinks : Apa Yang Seterusnya?’.

Syarahan berkenaan antara lain mengupas secara terperinci dunia perubatan yang berfokuskan kemajuan teknologi dalam merawat penyakit sinus.

3proff

Syarahan kedua pula menampilkan Profesor Dr Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman yang berkepakaran dalam bidang perubatan kecemasan dengan tajuk syarahannya ‘Impak dan Pengurusan Kecederaan Akibat Kemalangan Jalanraya Di Malaysia: Bersediakah kita?’

Fokus syarahan beliau melihat kepada kecederaan yang berpunca akibat kemalangan jalanraya  merupakan penyebab lazim di seluruh dunia, khususnya di Malaysia.

Manakala Profesor Dr Mohd Khairi Md Daud melalui tajuk syarahannya ‘Saringan Pendengaran Dalam Kalangan Kanak - kanak : Antara Keperluan dan Cabaran’ telah mengupas kepentingan saringan pendengaran kepada bayi yang baru lahir.

Saringan ini penting dalam perkembangan pertuturan dan bahasa seorang bayi kerana pendengaran akan memberikan pengalaman awal dalam perkembangan otak seterusnya merangsang dan memastikan proses pembelajaran untuk semua bayi.

3profff

Ketiga- tiga Profesor yang dirai ini begitu teruja ketika menyampaikan syarahan dalam bidang kepakaran masing-masing dengan kehadiran kaum keluarga terdekat dan sahabat handai.

Yang turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Pengerusi Majlis Profesor Negara bagi Kerusi USM, Profesor Dr.Abdul Latif Ahmad dan Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr. Ahmad Sukari Halim.

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 22 Mac 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.