ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

KPTN ZON KELANTAN TERUS DISERBU


b8dceae1 382d 4e56 81d1 b7bcc1f8ba56

USM KUBANG KERIAN, 11 Mac 2018 – Kaunter-kaunter pameran terus diserbu pengunjung pada hari kedua Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) Zon Kelantan yang berlangsung di Stadium Mini, Kompleks Sukan 2, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM).

Rata-rata pempamer yang menyertai karnival menyifatkan KPTN Zon Kelantan adalah yang paling meriah dan sentiasa dipenuhi oleh para pengunjung terutama calon-calon yang berminat untuk menyambung pelajaran di peringkat diploma dan ijazah pertama di universiti awam dan swasta mahupun yang ingin mengikuti kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan oleh organisasi-organisasi terlibat. 

006c0dd3 b89c 40d0 8db0 393fb67d2479

Presiden Kolej iCOOP yang dimiliki oleh Maktab Koperasi Malaysia, Profesor Bahrulmazi Edrak ketika ditemui berkata, penganjuran KPTN banyak membantu memperkenalkan IPTS yang turut menawarkan program akademik dan kemahiran. 

Manakala Pegawai Jabatan Perhubungan Korporat, Kolej Universiti Islam Pahang (KUIPSAS) menyifatkan KPTN Zon Kelantan adalah yang terbaik setakat ini. 

"Saya berterima kasih kepada USM kerana menyediakan kemudahan serta prasarana yang baik sepanjang KPTN ini dan tidak menyangka akan menerima kunjungan daripada orang ramai sebegini rupa sehinggakan ada masanya booth pameran kami dipenuhi oleh pelajar serta ibu bapa dan guru-guru bagi mendapatkan penjelasan lanjut kursus-kursus yang ditawarkan.

Selain jumlah pengunjung yang besar, saya juga tertarik dengan aktiviti-aktiviti sampingan yang dihidangkan oleh USM seperti pemeriksaan kesihatan dan juga cabutan bertuah," ujar beliau lagi. Pada hari ini sesi temubual slot 'Icon Talk' turut menjemput atlet memanah negara yang tidak asing lagi iaitu Fatin Nurfatehah Mat Salleh yang merupakan pelajar ijazah sarjana di USM untuk berkongsi pengalaman beliau dengan pengunjung yang hadir.

Teks & Foto: Lailatul Hafiza Abdul Rashid

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 22 Mac 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.