ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

MICROCREDENTIAL BANTU GURU TINGKATKAN KOMPETENSI DIRI


USM KUBANG KERIAN, 11 Mac 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) maju setapak lagi apabila memperkenalkan program Microcredential yang pertama di Malaysia bagi membantu para guru dalam meningkatkan kompetensi terutamanya memenuhi Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) setiap tahun serta pengurusan masa yang lebih fleksibel.


Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik dan Pembangunan Pelajar (CDAE) USM, Profesor Madya Dr. Azidah Abu Ziden berkata, microcredential adalah satu program atau modul mikro yang dijalankan dari setengah jam sehingga dua jam sahaja.

1cred


“Setiap modul akan ada sekurang-kurangnya lima video berpusatkan guru mengikut bidang kemahiran mereka dan jika guru tersebut selesai melihat kesemua video, beliau akan diberikan lencana menandakan telah menyelesaikan tontonan modul-modul tersebut.


“Untuk menggunakan sistem ini, para guru perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum memilih modul atau kursus yang diingini dan bagi lencana yang telah terkumpul akan diberikan sijil untuk membantu memenuhi LDP mereka setiap tahun selain boleh memillih masa yang bersesuaian tanpa perlu menghadiri kursus di luar kawasan,” katanya.


Tambah Azidah, semua modul dalam sistem ini dimuatnaik oleh pensyarah Universiti Awam (UA) mengikut maklum balas guru dan sistem ini mempunyai dua kategori iaitu ‘Professional Development’ serta ‘Personal Development’.

1cred2

Salah seorang guru yang merupakan Kaunselor Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor, Suhaili Sulaiman ketika ditemubual berkata, kaedah menggunakan program microcredential lebih efisien berbanding sistem lama.


“Bagi saya program ini perlu ada di Malaysia kerana dapat membantu para guru dalam menguruskan masa malah modul yang disediakan juga mengikut kepakaran guru tanpa perlu menghadiri kursus kecuali kursus yang memerlukan kaedah ‘hands-on’.


“Ada juga guru yang hadir ke kursus hanya untuk cukupkan tempoh LDP yang ditetapkan setiap tahun dan ini merugikan masa serta tenaga guru terbabit,” katanya.


Teks & Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 22 Mac 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.