USM KUBANG KERIAN, 2 Sept. 2018 - Michael Lo Zhen Haw, 20, berasal dari Sibu, Sarawak menjadi pelajar pertama mendaftar sebagai pelajar baharu Sidang Akademik 2018/2019 di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.
Beliau yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda, Sains Senaman Dan Sukan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan merasa sangat teruja apabila diterima masuk ke USM yang merupakan pilihan pertama beliau.
Anak seorang pesara ini berazam untuk menjadi pelajar yang aktif dan menempa kejayaan selama empat tahun berada di kampus ini.
Proses pendaftaran pelajar baharu di Kampus Kesihatan USM bermula seawal jam 8.00 pagi di Dewan Nurani.
Teks/foto: Lailatul Hafiza Abdul Rashid