FARMASI NON FORMULARI BANTU BEKALKAN UBAT NON STANDARD

farmasi nf1

USM, KUBANG KERIAN, 13 Januari 2019 - Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah mewujudkan Farmasi Non Formulari (NF) bertujuan membekalkan  ubat Non Formulari atau Non Standard khusus kepada pesakit Hospital USM sahaja.

farmasi nf3

Menurut Penyelaras Unit Pembangunan Korporat Hospital USM, Profesor Madya Dato' Dr Abdul Rahman Izaini  Ghani @ Ab. Ghani, penubuhan Farmasi NF satu inisiatif kepada pesakit untuk membeli ubat-ubat non formulari dengan harga lebih rendah berbanding yang dijual di farmasi luar.

"Ubat yang dijual kepada pesakit Hospital USM perlu mempunyai preskripsi yang dikeluarkan oleh doktor yang merawat sahaja dan tanpa preskripsi, penjualan ubat tidak dibenarkan," katanya ketika menyampaikan taklimat dalam Sesi Pendengaran Awam (Townhall) Isu Semasa, di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM, hari ini.

farmasi nf2

Tambah Abdul Rahman, selain memudahkan pesakit mendapatkan bekalan ubat di hospital, ia turut menjimatkan masa pesakit untuk mendapatkan ubat non formulari atau non standard.

"Di samping menjana pendapatan kepada Hospital USM, usaha ini juga turut memantapkan lagi strategi rasionalisasi ubat-ubatan mengikut taraf pesakit sama ada yang berbayar penuh, separa atau subsidi penuh," ujarnya lagi.

farmasi nf4

Pembukaan Farmasi NF turut dilangsungkan pada hari ini dengan disempurnakan oleh Pengarah Kampus Kesihatan merangkap Pengarah Hospital USM, Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim.

Hadir sama sepanjang program tersebut ialah Timbalan Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dr Adam Husein dan Timbalan Pengarah Infrastruktur dan Aset Hospital USM, Profesor Dato' Dr Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman.

Teks: Mohd Hafiz Ya'acob / Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 21 Mei 2019.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.